awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jumlah pelatih PLKN ditingkatkan 25,000 orang setahun
Tiada lokasi alternatif ternakan babi selain Bukit Tagar - MB Selangor
[TERKNI] Kementerian Luar percepat usaha pencarian Nadia Kesuma
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Penjawat awam harus pastikan semua urusan rakyat berjalan lancar - Hajiji

Bernama
Bernama
02/07/2025
15:30 MYT
PRN Sabah: Penjawat awam harus pastikan semua urusan rakyat berjalan lancar - Hajiji
Semua penjawat awam harus memastikan semua urusan pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat di negeri ini tidak terjejas dan berjalan lancar, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA KINABALU: Semua penjawat awam harus memastikan semua urusan pentadbiran dan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat di negeri ini tidak terjejas dan berjalan lancar, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.
Beliau berkata walaupun Sabah akan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-17, penjawat awam masih perlu melaksanakan tugas dengan berpegang teguh kepada prinsip profesionalisme, berkecuali dan integriti.
"Kecekapan dan ketelusan penjawat awam dalam menghadapi tempoh yang mencabar ini, mencerminkan komitmen kita untuk terus mendukung sistem demokrasi dan kestabilan pentadbiran negeri," katanya dalam kenyataan selepas mempengerusikan mesyuarat Pasca-Kabinet Jabatan Ketua Menteri di Menara Kinabalu di sini hari ini.
Penggal lima tahun Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dijadualkan terbubar secara automatik pada 11 Nov tahun ini, yang membuka laluan kepada PRN Sabah Ke-17.
Hajiji turut meminta semua ketua jabatan memberikan komitmen tinggi dan melaksanakan tugas dengan cekap bagi mengelakkan kelewatan, pembaziran sumber, menjejaskan reputasi serta kepercayaan rakyat terhadap keupayaan pentadbiran kerajaan.
"Penjawat awam hendaklah menjalankan tanggungjawab dengan amanah, telus dan mempunyai rasa tanggungjawab yang tinggi. Mereka mesti mengelakkan sebarang konflik kepentingan supaya matlamat dan objektif kerajaan negeri dapat dicapai dengan jayanya," katanya.
Sementara itu, Hajiji berkata empat rang undang-undang akan dibentangkan pada Persidangan Dewan Undangan Negeri yang dijadual berlangsung selama dua hari, bermula Isnin depan.
Jabatan Ketua Menteri akan membentangkan dua rang undang-undang: Rang Undang-Undang Perhutanan (Pindaan 2025) dan Rang Undang-Undang Tadbir Urus Iklim dan Karbon 2025.
Dua lagi akan dibentangkan oleh Kementerian Kewangan, iaitu Rang Undang-Undang Cukai Jualan Negeri (Pindaan 2025) dan Rang Undang-Undang Perbekalan Tambahan 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#penjawat awam
#rakyat
#Hajiji Noor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan