awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Severinus si miskin bandar Kota Kinabalu

Syah Hairizal Kamalul Arifin
Syah Hairizal Kamalul Arifin
16/09/2020
05:11 MYT
PRN Sabah: Severinus si miskin bandar Kota Kinabalu
Severinus Charlie@Severine Charles ketika ditemu bual penulis.
"Ramai yang miskin walaupun kami tinggal di bandaraya (Kota Kinabalu). Ada juga yang susah dapat kerja dan macam-macam lagi,".
Demikian luahan warga emas, Severinus Charlie@Severine Charles, 75, ketika ditemui Astro AWANI di Kota Kinabalu baru-baru ini.
Severinus yang menjadi pengundi di Kota Kinabalu sejak tahun 1963, akuinya bukan dirinya tetapi ada ramai lagi rakyat miskin bandar di bandaraya ini.
Menceritakan lanjut, dua orang anaknya yang masing-masing berusia 22 tahun dan 19 tahun juga terhimpit dengan situasi ini.
"Anak lelaki saya berusia 22 tahun bukan memilih kerja tetapi tiada peluang pekerjaan.
"Anak perempuan saya pula tidak dapat biasiswa atau bantuan walaupun dia mendapat keputusan yang baik. Dulu jika saya bekerja saya mampu untuk membiayai pembelajaran tetapi kini saya tidak lagi bekerja," jelas warga emas itu lagi.
Dakwa pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Api-Api itu, dia pernah beberapa kali bertemu beberapa pemimpin di peringkat kerajaan negeri tetapi semuanya hampa.
Tidak tahu di mana silapnya, Severinus seperti hilang punca memikirkan nasib diri dan masa depan anak perempuannya.
Menurut Severinus lagi hidupnya kini tidak ubah seperti peminta sedekah kerana tiada lagi peluang baginya untuk mencari upah bekerja untuk dijadikan modal mengisi perut.
"Bukan saya sahaja, banyak lagi orang, walaupun kami tinggal di bandaraya tapi susah cari kerja... cari pendapatan," katanya.
Besar harapan Severinus dan keluarga kecilnya supaya sembilan calon dari DUN Api-Api ambil berat tentang nasib golongan miskin bandar ini.
Topic Berkaitan
#air
#bas
#calon
#cerita rakyat sabah
#kerajaan
#keselamatan
#Ketua Menteri
#Kota Kinabalu
#Penampang
#pilihan raya
#Pilihan Raya Negeri Sabah
#PRN Sabah
#rakyat
#rumah
#Sabah Memilih
#sekolah
#warga emas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan