KUALA LUMPUR:Teka-teki mengenai pola pengundi Kadazan, Dusun dan Murut (KDM) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akhirnya terjawab menerusi kemenangan calon Parti Bersatu Sabah (PBS) dan Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) di beberapa kawasan majoriti etnik itu.
Menurut Pensyarah Kanan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Sabah, Tony Paridi Bagang, keputusan PRN itu jelas membuktikan terdapat peralihan undi dalam kalangan pengundi KDM.
"(Keputusan) semalam menunjukkan bahawa sudah beri satu indikasi rakyat Sabah, kita lihat berlaku peralihan sokongan Kadazan, Dusun dan Murut. PBS menang banyak kerusi begitu juga STAR, ini menjawab teka-teki sebelum ini ada mengatakan pola pengundian KDM bercelaru sedikit.
“Tetapi dengan keputusan ini, KDM secara objektifnya memilih PBS dan STAR dalam GRS (Gabungan Rakyat Sabah). Ini adalah perkembangan yang dilihat agak baik sekurang-kurangnya menjawab segala teka teki sebelum ini," katanya dalam temubual bersama Buletin Awani Khas pada Ahad.
BACA: LAPOR LANGSUNG: GRS menang majoriti 38 kerusi
BACA: LAPOR LANGSUNG: Sehari selepas PRN Sabah - Apa seterusnya?
BACA: LAPORAN KOMPREHENSIF PRN SABAH, KLIK DI SINI
Sementara itu, Tony berkata, keputusan dalam PRN itu juga membuktikan bahawa harapan diletakkan ke atas bahu GRS untuk memberi perubahan di negeri itu.
"Isu ekonomi dan bagaimana kita menghadapi COVID-19, sudah pasti kepimpinan bukan sahaja di peringkat nasional malah negeri amat penting. Rakyat Sabah semestinya sudah menunggu apakah langkah pragmatik selain langkah sedia ada tentunya melibatkan ekonomi apabila ramai rakyat terjejas.
"Begitu juga peluang pekerjaan di mana ramai yang menganggur, projek ekonomi bukan sebab COVID-19 sahaja tetapi masalah-masalah lain juga.
"Sudah tiba masanya seorang pemimpin dapat mengemudi pemerintahan kerajaan negeri dan menterjemahkan apa yang mereka katakan dalam kempen sebelum ini dalam bentuk tindakan," katanya lagi.
Malah rakyat juga, ujar Tony amat teruja melihat perubahan drastik dilakukan pemerintahan baharu kerajaan negeri itu.
Fareez Azman
Sun Sep 27 2020
PRN Sabah menyaksikan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) berjaya menumbangkan pencabarnya dari Parti Warisan Sabah dengan mendapat 38 kerusi DUN. - Gambar hiasan
“Walaupun mereka minta undi belah bahagi itu hak mereka”- Speaker Dewan Rakyat
Kekecohan berlaku dalam Dewan Rakyat selepas Ahli Parlimen Jelutong mempertikaikan undi belah bahagi yang di mohon oleh pihak pembangkang.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Astro mempembaharui hak penyiaran eksklusif Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Piala FA Emirates untuk tiga musim akan datang -- 2025/26 hingga 2027/28.
Skala penderitaan di Gaza gugat kepercayaan terhadap hak asasi manusia - UNRWA
UNRWA mengulangi gesaannya untuk gencatan senjata segera di Gaza.
Kampung Angkat MADANI JPA perkasa ekonomi penduduk, pelancongan Pulau Aman
Program Kampung Angkat Madani di Pulau Aman oleh Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berjaya mengubah landskap pembangunan kampung nelayan itu menjadi lebih segar dan menarik.
Seramai lebih 15 orang bangun untuk undi belah bahagi
Seramai lebih 15 ahli Dewan Rakyat bangun untuk menolak RUU dan memohon untuk undi belah bahagi. “Kami mahu bawak ke jawatankuasa” Kata Ahli Parlimen Pengkalan Chepa
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
LKIM sediakan 10,150 metrik tan stok penimbal ikan musim MTL
Stok ikan terjejas kerana rata-rata nelayan tidak dapat keluar ke laut ketika musim tengkujuh yang bermula Oktober hingga Februari tahun hadapan.
51 laporan penipuan forex libatkan kerugian lebih RM12 juta
Skim itu didalangi beberapa individu dari Malaysia dan Indonesia dengan menggunakan nama sebuah syarikat beralamat di Indonesia.
Pelancong China hilang di Suria KLCC
Seorang lelaki warga China berusia 84 tahun dilaporkan hilang di medan selera Suria KLCC, di sini, pada Ahad lalu.
Jangan putus asa, teruskan karier, itu pesan Sultan Sharafuddin kepada saya - Faisal Halim
Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berpesan agar Faisal Halim bekerja keras, tidak berputus asa dan meneruskan karier bola sepaknya.
Hukuman penjara 40 tahun terhadap pasangan bunuh anak perempuan kekal
Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman penjara 40 tahun ke atas pasangan suami isteri yang didapati bersalah membunuh anak perempuan mereka.
PRN Sabah: Tanggungjawab besar menanti bakal Ketua Menteri
Keputusan Pilihanraya Negeri Sabah pada Sabtu membuktikan terdapat peralihan undi dalam kalangan pengundi Kadazan, Dusun dan Murut.
PRN Sabah: "Kekalahan PCS perlu dijadikan iktibar" - Anifah Aman
"Anak-anak Sabah telah bersuara dan suara itu kami terima dengan rasa rendah hati dan kami hormati." - Anifah Aman
PRN Sabah: Kerajaan baharu GRS komited bangunkan Sabah - Muhyiddin
PM beri jaminan tersebut sejurus selepas GRS berjaya meraih majoriti bagi membentuk kerajaan negeri pasca Pilihan Raya Negeri.
PRN Sabah: Warisan Plus tunggu keputusan rasmi
Pemimpin dan penyokong Warisan Plus berhimpun di kediaman Shafie Apdal bagi menunggu keputusan rasmi PRN Sabah.