awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: 2,295 permit kempen diluluskan setakat ini - Polis

Bernama
Bernama
14/12/2021
12:21 MYT
PRN Sarawak: 2,295 permit kempen diluluskan setakat ini - Polis
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail ketika sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Sarawak berkenaan proses pengundian awal bagi Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 hari ini. - Foto BERNAMA
KUCHING: Polis Sarawak telah meluluskan 2,295 permit kempen kepada calon dan parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-12 (PRN12) dalam tempoh sejak hari penamaan calon 6 Dis lepas hingga semalam.
Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata polis juga terpaksa menolak beberapa permohonan untuk mengadakan ceramah atau perhimpunan, kerana lokasinya yang tidak sesuai seperti surau atau masjid.
"Sepanjang tempoh lapan hari berkempen, 10 kompaun berjumlah RM35,000 telah dikeluarkan terhadap mereka yang melanggar prosedur operasi standard (SOP) pilihan raya," katanya kepada pemberita pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini, hari ini.
Pihak polis menurutnya telah membuka 46 kertas siasatan atas pelbagai kesalahan semasa PRN12 termasuk salah guna media sosial dan kes fitnah, serangan peribadi serta merosakkan poster atau bendera parti lawan.
Aidi berkata sejak hari penamaan calon pada 6 Dis sehingga kini keadaan masih terkawal, dan beliau berharap semua pihak mematuhi SOP ditetapkan semasa kempen.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#permit kempen
#pilihan raya negeri
#Sarawak Memilih
#Polis Sarawak
#Aidi Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan