MENURUNKAN 82 calon dengan gandingan pelbagai latar belakang, menjadi taruhan Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk mengekalkan kerajaan yang disandangnya sejak 1963.
Secara teknikal, kerajaan tersebut belum pun berusia sepenggal, kerana ia wujud di pertengahan penggal lalu, selepas Kerajaan Barisan Nasional (BN) tumbang di peringkat Persekutuan pada 2018.
Pengerusinya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg tidak ralat, kerana untuk setiap pemilihan calon ini, beliau memiliki justifikasi tersendiri.
Beliau membaca dan mendengar setiap pandangan, sebelum membuat keputusan. Dan beliau menyerahkan kepada jeneral perangnya untuk menyelesaikan pemakluman kepada mereka yang terpaksa berundur, walau ada yang menerimanya secara tidak rela.
Tetapi proses penamaan semalam tidak pula membayangkan ada yang berpaling tadah untuk melakukan penentangan terbuka.
Gaya Abang Jo menghakimi calon ternyata berbeza benar dengan para pemimpin BN Sarawak sebelumnya.
Tun Abdul Taib Mahmud, mentornya - gemar menghantar sehingga lapan perisik berbeza ke lapangan untuk menilai kekuatan dan kelemahan setiap calon, selain mendengar laporan-laporan agensi.
Manakala Pehin Sri Adenan Satem atau Tok Nan, menggunakan ‘ring leader’ atau ‘zone leader’, ataupun tokoh berpengalaman setempat bagi mencanai pandangan sebelum membuat keputusan.
Abang Jo sebaliknya ada caranya tersendiri. Beliau merasai nadi kekuatan setiap individu yang bakal ditampilkan, selain ada antaranya sengaja diturunkan untuk ‘pertaruhan’ masa depan.
Mencari pemimpin bukan dengan bersembang dua tiga jam. Namun percaya kepada gerak hati dan pengalaman selama lebih 40 tahun dalam politik, serta memahami turun naiknya denyut prestasi.
Beliau percaya sesiapa pun boleh berubah menjadi cemerlang kerana rumah yang hebat tidak ditukang dalam sekelip mata.
Justeru beliau meletakkan calon-calon ini atas pelbagai pertimbangan dan perimbangan, namun akhirnya yang boleh menjamin bukan sahaja kemenangan, tetapi keutuhan kerajaan yang bakal dibina.
Dalam semua 82 calon - yang berusia 30 hingga 72 tahun, beliau melakukannya dengan cara menarik benang dari tepung.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Sarawak: SPR terima 349 kertas pencalonan, 10 parti bertanding
Beliau malah tidak menghantar isyarat pun kepada mereka yang dipilih, termasuk para penyandang - menyebabkan ada antara mereka yang berada dalam kegelapan sebelum nama diumumkan.
Justeru itu, apa yang menjadi pertaruhan Abang Jo kali ini, berbanding formula ‘#team Adenan’ pada pilihan raya lalu? Abang Jo akan merungkainya menerusi manifesto parti yang akan dilancarkan esok.
Ramuan dan agendanya pasti tidak lari daripada membina kemakmuran berganda untuk negeri ini, yang hadir menerusi pembangunan, ekonomi, peningkatan kehidupan, dan paling penting menukar landskap negeri ini.
Harus dibaca, keputusan Abang Jo untuk berpindah ke kawasan luar bandar di DUN Gedong, amat jelas memperincikan bahawa ini adalah antara penggal terakhir beliau.
Setiap Ketua Menteri Sarawak pasca-Tun Rahman Yaakub melakukan itu. Taib di Balingian dan Adenan di daerah nelayan, Tanjong Datu. Dan ternyata, tindakan itu tepat.
Abang Jo juga serupa, dan sentuhan awalnya berlaku beberapa hari lalu, apabila Gedong telah diangkat sebagai ‘daerah penuh’.
Mungkin Abang Jo akan bersara sekitar tahun 2028 atau lebih lagi, seperti yang dibayang dan digambarkan. Beliau malah sudah melaungkan proses transisi.
Justeru beliau tidak mempunyai banyak masa untuk mengubah negeri ini, seperti yang diimpikan, melainkan beliau bergerak pantas dan melakukan banyak anjakan kuantum.
Justeru, tidak hairanlah beliau menggerakkan selajunya pelbagai inisiatif pembangunan, terutamanya berkaitan elemen penting dalam kehidupan hari ini - air, elektrik, jalan raya, perumahan dan Internet.
Kemudahan asas ini dijanjikan lengkap sepenuhnya pada 2025 dan ia perkakasan penting sebelum mencapai negeri termaju berpendapatan tinggi di Malaysia pada 2030.
Empat tahun memerintah negeri ini, Abang Jo bagai berlumba dengan dirinya sendiri. Pada usia 71 tahun, beliau menghamparkan kepada kita lebih 110 inisiatif, sebenarnya lebih banyak lagi.
Dan ia termasuk pelbagai idea penting untuk membantu rakyat seperti pemberian Bantuan Khas Sarawakku Sayang, pemerkasaan autonomi menerusi Perjanjian Malaysia 1963 dan sebagainya.
Tetapi yang paling penting adalah menyediakan bajet besar untuk luar bandar bagi membandarkan kawasan tersebut.
Percayalah, takrifan kemiskinan di luar bandar akan berubah di Sarawak sedikit masa lagi. Isu tidak membina jalan raya kerana populasi tidak mengcukupi hanya menjadi dongeng lama.
Sebaliknya, keputusan Abang Jo melakukan pembaziran (seperti yang ditakrifkan Datuk Seri Wong Soon Koh) dengan menaik taraf jalan pesisir serta laluan kedua, selain Pan Borneo - sudah menampakkan hasil ketara, biarpun ia belum siap sepenuhnya.
Bahkan, kritikan yang diterima berhubung pembinaan lapangan terbang baharu termasuk stolport di beberapa kawasan, serta pembinaan aliran transit autonomous (ART) dan aliran transit ringan (LRT) akan terpadam dengan sendirinya tidak lama lagi.
Semua ini berlaku pantas sebenarnya kerana idea kecil Abang Johari beberapa ketika BN masih memerintah.
Ada satu buku yang dibacanya yang memberi ilham kepada model kewangan baharu, dan memperjelas bagai proses perbankan alternatif mampu membantu sesebuah kawasan berjaya.
Dan beliau mengambil langkah berani untuk mencuba dan ia ternyata berjaya.
Beliau beruntung kerana Sarawak memiliki modal dan bank tersebut mampu membiayai pelbagai projek pembangunan - yang dijamin oleh Kerajaan Negeri sendiri, dan dipastikan pulangan pelaburannya berkali ganda.
Dengan segala perancangan, impian dan keberanian ini, sudah pasti 1,259,242 pemilih di negeri ini mempunyai pandangan jelas pada 18 Disember ini.
Mereka bukan sahaja perlu menilai calon dan parti, namun perlu menganalisis agenda, misi dan impian, serta membaca apa yang sedang berlaku sekarang.
Apa juga keputusan yang diambil, ia hendaklah mengambil iktibar daripada Kerajaan Persekutuan 2018, yang begitu rapuh dan tidak stabil, apabila meletakkan politik melebihi segala-galanya.
Sarawak tidak ada masa untuk itu, kerana sebelum ini kita sentiasa bergunjing tentang ketinggalan dan kemunduran.
Pendakian ke daerah maju sedang berlaku, dan menjadi tanggungjawab seluruh rakyat Sarawak untuk memastikan sasaran kemajuan itu dapat dicapai. Dan ia sedang berlaku di depan mata, dengan sedikit dorongan lagi untuk dicapai.
Rudi Affendi Khalik
Tue Dec 07 2021
Untuk setiap pemilihan calon ini, Abang Johari memiliki justifikasi tersendiri. - Foto fail/BERNAMA
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Tiga lagi suspek kes bunuh lelaki di pangsapuri direman
Ketua Polis Daerah Padawan, Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi ketika mengesahkan penahanan tersebut berkata, kesemua suspek rakyat tempatan, berusia antara 32 hingga 48 tahun dan ditangkap di lokasi berbeza. #AWANInews
Lima anggota 'Bali Nine' sudah kembali ke Australia
Lima anggota 'Bali Nine' yang menjalani hukuman pemenjaraan seumur hidup di Indonesia sudah dipindahkan ke negara asal mereka, Australia. Perkara itu seperti yang disahkan Perdana Menteri Anthony Albanese yang memaklumkan lima warganya itu yang diberkas pihak berkuasa dalam kegiatan penyeludupan dadah di pulau peranginan terkenal, Bali pada April 2005.
Lima maut, puluhan migran hilang di Pulau Gavdos
Lima individu terkorban dalam kejadian bot migran yang terbalik di perairan Greece awal pagi Sabtu. Menurut Kementerian Luar Pakistan pada Ahad, 47 warganya dapat diselamatkan dalam tragedi yang berlaku berhampiran Pulau Gavdos di selatan Crete itu.
Parti pemerintah Korea tolak cadangan badan perundingan
Ketua Whip Parti Kuasa Rakyat Korea Selatan, Kweon Seong-dong, pada Ahad menegaskan bahawa parti pemerintah telah menolak cadangan parti pembangkang utama untuk menubuhkan badan perundingan bagi menstabilkan pentadbiran negara
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.
'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.
PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.
PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.