KUCHING: Calon wanita dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 Sarawak (PRN12) Sarawak dilihat berkurangan berbanding PRN 2016 lalu.
Menurut Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Sarawak, Nadrawina Isnin, beliau terkilan apabila golongan wanita seolah-olah tidak diberi laluan oleh parti-parti bertanding.
“Terkilan... saya jangkakan sekiranya Gabungan Parti Sarawak (GPS) dapat mengekalkan lima orang (calon wanita) ditambah parti-parti lain dan jika mereka menang, maka bertambahlah perwakilan wanita dalam pembuatan keputusan.
“Saya harapkan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) untuk menampilkan ramai calon wanita tetapi ini dilihat tidak berlaku,” katanya dalam program Agenda AWANI: PRN Sarawak - Strategi parti politik pikat hati pengundi, pada Isnin.
Ujarnya, harapan disandarkan agar lebih ramai pemimpin wanita dapat diketengahkan, bukan hanya sebagai mendorong golongan itu bergiat aktif dalam arena politik, bahkan, dengan wujudnya lebih ramai pemimpin wanita dilihat dapat menyelesaikan pelbagai isu dihadapi golongan itu.
Bagaimanapun, tambah Nadrawina, meskipun jangkaan itu meleset, namun penting untuk rakyat Sarawak mengekalkan semangat untuk keluar mengundi bagi memilih pemimpin yang bakal menerajui tampuk kepimpinan.
“Sentiasa dimainkan dalam radio dan televisyen akan hak kita (rakyat) untuk keluar mengundi, ini merupakan salah satu proses demokrasi yang memperlihatkan pengundi mempunyai hak untuk bersuara melalui kertas undi, jadi kita bangga apabila melakukan tanggungjawab ini.
“Angka kurang 70 peratus mereka yang keluar mengundi di PRN Melaka mungkin akan mempengaruhi, kerana masih ramai takut untuk keluar, tetapi kita tidak tahu mungkin di saat-saat terakhir ada parti atau calon yang mampu menarik perhatian pengundi untuk mengundi.
“Saya percaya sekiranya para pengundi dapat ditarik perhatian, mereka akan keluar mengundi, peratusannya melebihi 70 peratus,” katanya lagi.
Ehsan A Marisah
Tue Dec 07 2021
Nadrawina berkata, beliau terkilan apabila golongan wanita seolah-olah tidak diberi laluan oleh parti-parti bertanding. - Foto Astro AWANI
TNB perkenal sistem FARA bagi mengurus risiko banjir
TNB perkenal sistem FARA untuk urus risiko banjir, pastikan keselamatan aset dan pengguna.
Banjir: 444 mangsa terjejas di empat negeri
Perak kekal mencatatkan jumlah mangsa banjir tertinggi iaitu 220 mangsa daripada 68 keluarga dan ditempatkan di dua PPS.
Anda kelak boleh seru Google Gemini dengan memanggil 'Hey, Gemini'
Gemini iaitu chatbot AI Google yang secara perlahan akan menjadi pembantu maya/digital baharu menggantikan Google Assistant.
Banjir kilat: SK Nanga Budu ditutup selepas air naik ke paras dada
Kawasan yang terlibat adalah bangunan dewan sekolah serta bangunan bagi prasekolah.
Final Jelajah Dunia BWF: Lee Zii Jia siap sedia hadapi cabaran sebenar bertemu tuan rumah
"Semua pemain di sini adalah pilihan terbaik tatkala mahu merangkul kejuaraan. Saya berpuas hati dengan tahap prestasi saya setakat ini." - Zii Jia
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS dalam dagangan awal hari ini walaupun walaupun indeks dolar AS (DXY) lebih tinggi.
AWANI Pagi: Satira dan Parodi: Batas kebebasan di bawah RUU 588
Diskusi 8.30 pagi Jumaat Isnin bersama Profesor Datuk Dr. Azizul Halim Yahya,Profesor Komunikasi, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi MARA, UiTM membincangkan mengenai batas dan had kebebasan di bawah RUU 588 berhubung isu satira dan parodi yang kontroversi baru-baru ini.
Buaya di Teluk Batik: Perhilitan nasihat orang awam berwaspada
Perhilitan Perak terus memantau persekitaran Pantai Teluk Batik susulan penampakan kehadiran seekor buaya di kawasan itu semalam.
Polis tembak mati lelaki miliki 24 kes rekod jenayah di Jeram Pasu
Suspek berusia 31 tahun merupakan warga tempatan maut dalam kejadian sekitar jam 5.30 pagi tadi.
NAIO disaran bentuk konsortium perkasa tenaga kerja AI tempatan
Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO) perlu membentuk satu konsortium antara institut pengajian tinggi (IPT), industri teknologi dan kerajaan dalam memperkasa tenaga kerja tempatan dalam AI.
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.
'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.
PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.
PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.