MIRI: Tujuh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) akan mempertahankan kerusi masing-masing dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12, kata Setiausaha Agungnya Datuk Sebastian Ting hari ini.
Beliau berkata SUPP akan menghantar nama tujuh ADUN itu kepada Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg dalam masa terdekat.
"SUPP telah membuat keputusan kesemua tujuh penyandang, ADUN yang memenangi PRN Sarawak ke-11 akan dinamakan sebagai calon untuk pilihan raya kali ini," katanya kepada pemberita selepas sidang media prapelancaran Batik Linut di sini hari ini.
Selain Ting yang akan bertanding DUN di Piasau, enam ADUN lain ialah Presiden SUPP Datuk Seri Dr Sim Kui Hian (Batu Kawa), Naib Presiden Datuk Seri Lee Kim Shin (Senadin), Datuk Ding Kuong Hiing (Meradong) dan Datuk Seri Huang Tiong Sii (Repok), Datuk Francis Harden Hollis (Simanggang) dan Lo Khere Chiang (Batu Kitang).
GPS merangkumi Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Sarawak (PRS), SUPP serta Parti Demokratik Progresif (PDP). Pada 24 Okt lepas, Setiausaha Agung gabungan itu, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata GPS akan bertanding di semua 82 kawasan PRN Sarawak.
Mengulas lanjut, Ting berkata pada PRN Sarawak yang lepas, SUPP diberikan 20 kerusi dan beliau berharap pada pilihan raya kali ini juga mereka mendapat pengagihan kerusi yang sama seperti sebelum ini.
"Semua jentera parti telah bersedia. Kami akan belajar daripada PRN Melaka kerana mereka akan menjadi yang pertama melaksanakan pilihan raya dalam keadaan norma baharu seperti yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa tiada aktiviti berkumpul seperti kelaziman apabila berkempen.
"Saya percaya PRN Melaka akan menjadi garis panduan buat semua parti yang bertanding dalam PRN Sarawak," katanya.
Sementara itu, mengulas mengenai tindakan PAS Sarawak yang mengesahkan akan bertanding di 11 kerusi DUN pada PRN Sarawak kali ini, Ting berkata buat masa ini hingga ke hari penamaan calon pelbagai perkara boleh berlaku.
"Untuk PRN Sarawak ke-12 ini, banyak cerita yang sedang kita dengar... apa-apa pun kita hanya boleh tahu kesahihan perkara itu apabila tiba hari penamaan calon nanti," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Nov 06 2021
Sebastian Ting berharap SUPP akan menerima agihan 20 kerusi, sama seperti dalam PRN-11 yang lepas. - Foto: Facebook/Sebastian Ting
Kerajaan rangka hala tuju beri lebih banyak perlindungan kepada kanak-kanak
Kerajaan akan merangka hala tuju bagi memberikan lebih banyak perlindungan dari segi undang-undang kepada kanak-kanak di negara ini.
Tiada tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar dibenarkan - KKM
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi benzoil peroksida melebihi paras yang dibenarkan di bawah undang-undang.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Menurut Jawatankuasa Pemandu FFC, Ann Wright, pihaknya akan memaklumkan perkembangan terbaharu kepada semua delegasi terlibat sekiranya tarikh akhir pelayaran ditetapkan.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Malaysia komited tingkat hubungan dua hala bersama Libya
Malaysia terus komited mempertingkatkan hubungan dua hala yang berterusan bersama Libya demi manfaat bersama dalam pelbagai sektor.
Cegah jenayah: Kerjasama komuniti kekang jenayah secara holistik
Jelasnya, program seumpama ini diharap dapat memberikan pendedahan tentang pencegahan jenayah dan menzahirkan aspirasi PDRM untuk penglibatan aktif warga komuniti dalam memerangi aktiviti jenayah.
PRK Kuala Kubu Baharu: Boon Lai tarik diri saat akhir
Hasrat Chng Boon Lai menjadi salah seorang calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu tidak kesampaian.
PRK N06 KKB: Kerajaan Perpaduan akan dibebani dengan isu semasa - Muhyiddin
Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kali ini akan menyaksikan Kerajaan Perpaduan ‘dibebani’ dengan isu-isu semasa yang dilihat membebankan rakyat, tegas bekas Perdana Menteri yang juga Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK N06 KKB: UMNO, BN dukung calon PH demi Kerajaan Perpaduan – Ahmad Zahid
UMNO dan Barisan Nasional berpegang kepada prinsip mendukung calon yang mewakili Kerajaan Perpaduan, iaitu Pang Sock Tao, biarpun beliau berasal daripada parti DAP yang pernah menjadi seteru mereka satu ketika dulu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.
'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.
PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.
PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.