KUALA LUMPUR: Pembahagian kerusi antara PAS dan Bersatu bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Terengganu akan diputuskan dua hari lagi, kata Naib Presiden PAS Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar.
Menteri Besar Terengganu itu berkata pihak terlibat masih dalam perbincangan berhubung pembahagian itu, namun PAS Terengganu bersedia memberi laluan kepada Bersatu untuk bertanding di beberapa kerusi.
"Insya-Allah akan ada kerusi bagi rakan Bersatu untuk bertanding di negeri Terengganu, namun setakat ini kita masih belum tamat lagi perbincangan kerusi.
"Insya-Allah, dalam dua hari lagi kita akan mengadakan perbincangan bersama kalangan pimpinan (kedua-dua parti) untuk penentuan kerusi yang ingin ditandingi," katanya ketika ditemui pada sidang media Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman KMI Healthcare dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Perlis di sini, hari ini.
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya tiada masalah berhubung kesediaan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk bekerjasama dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menyifatkan hal itu sebagai satu nilai tambah buat PRN nanti.
"Apa yang penting adalah keinginan yang mahu dicapai oleh kami Perikatan, sama ada PAS, Bersatu dan Gerakan adalah untuk menggembleng sokongan sebanyak mungkin dalam kalangan rakyat bukan sahaja Melayu Islam bahkan daripada komuniti yang lain," katanya.
Terengganu antara enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini selain Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan dan Kedah.
Sementara itu mengenai isu penjualan tanah kerajaan negeri bernilai RM29.3 juta kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Ahmad Samsuri berkata penjualan itu adalah mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada.
"Saya pun tidak faham kenapa perkara ini menjadi isu apabila proses yang dijalankan berhubung jual beli itu dibuat mengikut peraturan dan undang-undang sedia ada di negeri Terengganu," katanya.
Sebelum ini tular isu penjualan tanah seluas 11,299 meter persegi berdekatan bangunan Badan Perhubungan PAS Terengganu bernilai RM29.3 juta didakwa dijual kepada Persatuan Isteri Wakil Rakyat dan Bekas Wakil Rakyat Terengganu (Khairunnisa) dengan bayaran premium RM500,000.
Dilaporkan, penjualan itu tidak disokong Majlis Bandaraya Kuala Terengganu dan bertentangan dengan harga premium yang sepatutnya dikenakan iaitu sebanyak RM5.87 juta, tetapi didakwa dikurangkan oleh kerajaan negeri kepada RM500,000 sahaja.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 03 2023

Ahmad Samsuri berkata, PAS Terengganu bersedia memberi laluan kepada Bersatu untuk bertanding di beberapa kerusi. -Gambar fail/Bernama

KPWKM sedia beri khidmat kaunseling kepada keluarga jururawat ditikam suami
KPWKM melalui JKM dijadual melawat keluarga mangsa serta menemui dua adik-beradik itu petang semalam.

Gabenor Jeneral New Zealand lawat Kompleks Kraf Kuala Lumpur
Tunku Azizah juga berkenan mengiringi Kiro melawat muzium kraf sebelum mengakhiri lawatan 90 minit di Kompleks Kraf Kuala Lumpur itu.

Malaysia rekod jualan eksport RM625.42 juta di CAEXPO 2023 - MATRADE
Jualan yang direkodkan adalah dalam sektor makanan dan minuman, penjagaan kesihatan dan kesejahteraan, produk gaya hidup dan perkhidmatan.

Lapan empangan alami kerosakan perlu pembaikan - NRECC
Kos pembaikan dan penyenggaraan bagi lapan empangan yang mengalami kerosakan dianggar mencecah RM135.82 juta.

Turki tahan 20 individu disyaki ada kaitan letupan di Ankara
Kementerian Dalam Negeri berkata, kesemua suspek itu ditahan di Istanbul dan wilayah Kirikkale, timur Ankara.

Belanjawan 2024: Levi luar biasa bagi penanam sawit Sabah, Sarawak - MPOA
MPOA turut memohon kerajaan untuk menyemak semula ambang harga WPL sebanyak RM500 satu tan minyak sawit mentah.

Pelaksanaan Garis Panduan Buli, Gangguan Seksual perlu komitmen semua pihak - Pakar
Garis Panduan Salah Laku Buli dan Gangguan Seksual akan menjadi komponen penting dalam mewujudkan ekosistem yang selamat di institusi pendidikan.

Pengemaskinian Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan percepat tindakan agensi terlibat
Antara tindakan yang perlu dilaksanakan adalah Nadma akan mengaktifkan Jawatankuasa Pengurusan Bencana.

Lebih 175,000 saman aktif terhadap kenderaan barangan belum dilunaskan - JPJ
Selangor mencatatkan jumlah saman tertinggi sebanyak 61,940 dengan setiap saman yang dikenakan adalah sekurang-kurangnya RM300.

Tindakan 400 jemaah B40 tolak subsidi haji bantu lestarikan kewangan Tabung Haji - Mohd Na'im
Tindakan 400 jemaah haji kategori B40 yang menolak pemberian subsidi tahun ini meskipun layak menerimanya dilihat mampu membantu melestarikan kewangan Tabung Haji.

Ada pihak cemburu, mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ada pihak tidak senang dan mahu pecahkan Kerajaan Perpaduan kerana cemburu dengan kekuatan gabungan itu.

Dewan Terengganu bersidang tanpa pembangkang
Ia berikutan kemenangan Perikatan Nasional yang menyapu bersih semua kerusi DUN pada Pilihan Raya Negeri, Ogos lepas.

'PN makin bertapak, bina pengaruh kuat di Felda'
Menurut Mohd Yusri, peralihan sokongan pengundi di segmen itu dipengaruhi dua faktor utama iaitu naratif Melayu dan Islam yang diangkat PN.

PRK Pelangai: Diiringi ratusan penyokong, proses penamaan calon bermula
Bakal calon diberi tempoh sejam hingga 10 pagi bagi mengemukakan borang pencalonan, sebelum senarai yang layak bertanding diumumkan.

'Saya yakin kemenangan akan berpihak kepada PN kali ini' - Sanusi
Sanusi yakin 100 peratus dengan sokongan pengundi untuk memilih PN di kubu tradisi Barisan Nasional tersebut.

Sanusi dakwa empat negeri pembangkang dihalang sertai program kerajaan Persekutuan
Muhammad Sanusi mendakwa Exco dari empat negeri ditadbir Perikatan Nasional (PN) dihalang untuk sertai program anjuran kerajaan Persekutuan.

PRK Pelangai: Felda kini bukan lagi kubu kuat UMNO, PN boleh menang
Fakta itu, kata Tuan Ibrahim, boleh dibuktikan berdasarkan keputusan PRU14 dan PRU15 yang tidak memihak kepada UMNO.

PN pilih bekas cikgu sebagai calon di PRK DUN Pelangai
Perkara itu diumumkan Timbalan Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man pada majlis pengumuman calon PN pada Rabu malam.

Gerakan alu-alukan MUDA sertai PN
Menurutnya, pendirian MUDA melawan rasuah dilihat seiring dengan prinsip PN yang dibawa selama ini.

PN alu-alukan Syed Saddiq sertai parti - Tuan Ibrahim
Tuan Ibrahim berkata, mereka terbuka untuk menerima mana-mana Ahli Parlimen terutamanya yang berprinsip.