KUALA LUMPUR: Bagi memastikan fokus dan strategi gerak kerja dapat disusun dengan baik sebagai kesiapsiagaan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, UMNO melantik beberapa ahli Majlis Tertinggi (MT) dan menteri sebagai 'bapa angkat' di negeri terbabit.
Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata Timbalan Presiden UMNO yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan akan mengetuai gerak kerja di Negeri Sembilan; Naib Presiden Datuk Seri Mahdzir Khalid (Kedah); Naib Presiden yang juga Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Terengganu).
Selain itu, Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) yang juga Menteri Luar Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir mengetuai gerak kerja di Kelantan; Ahli MT yang juga Menteri Undang-undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said (Pulau Pinang); Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz (Selangor).
"Bagi tujuan penyelarasan, Majlis Tertinggi telah bersetuju bahawa Penyelaras Operasi Pilihan Raya Negeri bagi enam negeri yang akan diadakan tidak lama lagi ialah (ahli MT) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican," katanya dalam ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO 2022 di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur di sini hari ini.
BACA SEMUA BERHUBUNG PERHIMPUNAN AGUNG UMNO 2022
Enam negeri yang akan mengadakan PRN tahun ini adalah Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan, Kelantan dan Terengganu.
Pengerusi BN itu berkata selain Mohamad yang juga Ahli Parlimen Rembau akan tetap meneruskan tugasnya sebagai Pengarah Pilihan Raya BN dan Pengerusi War Room bagi PRN di enam negeri.
"Kita mesti berikan kepercayaan kepada Tok Mat (Mohamad) untuk melakukan kerja mulai dari sekarang. Enam menteri serta naib presiden yang saya lantik tadi, I'm the incharge (Saya yang bertugas) untuk memastikan semuanya berprestasi termasuk Tengku Zafrul walaupun dia belum duduk di atas pentas ini, insya-Allah saya yakin beliau akan membantu kepada kemenangan yang besar di Selangor," katanya.
Selain itu, Ahmad Zahid yang juga timbalan perdana menteri turut mengumumkan Datuk Dusuki Ahmad dilantik sebagai Pengerusi Majlis Ulama UMNO, sebuah majlis dicadangkan penubuhannya dalam ucapan dasar beliau semalam.
"Dengan pelantikan ini, kita mengharapkan golongan ulama dapat bersama-sama membimbing perjalanan kita agar sentiasa berada di landasan yang benar," katanya.
Mengenai cadangan penubuhan Institut UMNO, Ahmad Zahid mencadangkan ia dipengerusikan oleh Prof Emeritus Dr Kamaruddin M. Said dengan timbalannya adalah Prof Datuk Dr Abdul Mua'ti @ Zambri Ahmad, yang kedua-duanya adalah ahli Majlis Profesor Negara.
Sementara itu, Ahmad Zahid sekali lagi menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan yang disertai BN adalah solusi terbaik untuk parti bagi mengelakkan parti terdedah kepada perpecahan sesama ahli.
"Insya-Allah dengan itu juga kita mampu menghadapi PRN terdekat ini dengan gagah dan kuat khususnya di Kelantan, Terengganu dan Kedah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 14 2023
Zahid berkata Mohamad akan mengetuai gerak kerja PRN di Negeri Sembilan. - Gambar/ Shahir Omar
'Saya akan berjuang bersama rakyat sehingga akhir' - Presiden Yoon
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol berkata akan berjuang sehingga akhir demi mempertahankan demokrasi dan perlembagaan Korea bersama rakyat.
PAC mula prosiding lima isu baharu pada sidang Dewan Rakyat akan datang
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Parlimen akan memulakan prosiding lima isu baharu pada sesi persidangan Dewan Rakyat akan datang.
[INFOGRAFIK] Banjir: Enam Jenis Penyakit Bawaan Air
Berikut adalah info berkenaan dengan enam jenis penyakit bawaan air dimusim banjir.
Subsidi tiket penerbangan boleh ditebus Januari 2025 - Anthony Loke
Menurut Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, mahasiswa boleh mohon subsidi tiket penerbangan seawal Januari untuk digunakan sepanjang tahun dan bernilai RM499 sehala.
#AWANInews
#AWANInews
RUU Majlis Media Malaysia 2024 dibentang bacaan kali pertama di Dewan Rakyat
Rang Undang-Undang (RUU) Majlis Media Malaysia 2024 dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Dewan Rakyat, bagi mengadakan peruntukan untuk penubuhan perbadanan bebas dikenali Majlis Media Malaysia.
'Jel tujuh tahun, dua sebatan, denda RM10 juta melampau' - Syed Saddiq
Syed Saddiq mengemukakan 18 alasan dalam petisyen rayuannya supaya dibebaskan daripada empat kes subahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang berkaitan dana Armada.
[TERKINI] Wan Azizah, Mohamad Sabu dan Anthony Loke nafi kenyataan Tun M
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; bekas Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menjelaskan keputusan tidak meneruskan semakan dan tafsiran berhubung isu Pulau Batu Puteh dibuat Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri secara bertulis.
AWANI Ringkas: Amaran hujan tahap waspada sehingga Jumaat
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
RUU Majlis Media Malaysia dibentang di Dewan Rakyat
RUU tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching yang memaklumkan bacaan kali kedua akan dibuat pada mesyuarat akan datang.
KDN manfaatkan kuarters kosong KPM tempatkan anggota PDRM
Kementerian Dalam Negeri akan menempatkan anggota Polis Diraja Malaysia di kuarters milik Kementerian Pendidikan yang kosong.
Kejayaan pembangunan Sabah jadi kayu ukur pada PRN, PRU16 - Rafizi
Rafizi berkata kerjasama antara parti adalah perkara yang terus dibincangkan dalam kerangka semangat Kerajaan Perpaduan.
Kerjasama GRS, parti nasional masih diperlukan untuk kestabilan politik Sabah - Hajiji
Kerjasama antara parti tempatan di bawah Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan parti nasional masih diperlukan untuk memastikan kestabilan politik negeri itu, kata Pengerusi GRS Datuk Seri Hajiji Noor.
Kemampuan kerajaan GRS tingkatkan hasil pengukur penting PRN
Peningkatan hasil negeri sejak 2021 menjadi kayu pengukur penting untuk rakyat Sabah menilai prestasi kepimpinan kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
BN Johor tekad kekalkan momentum kemenangan pada PRN akan datang - Onn Hafiz
BN Johor bertekad untuk merampas kembali empat kerusi yang dimenangi pembangkang dalam PRN lepas selain memperkasa gerak kerja PRU16.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.