awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Produk daging import di Malaysia bebas daripada daging kuda

Astro Awani
Astro Awani
21/02/2013
14:05 MYT
Produk daging import di Malaysia bebas daripada daging kuda
Jabatan Perkhidmatan Veterinar mengesahkan daging dan produk daging import di negara ini bebas daripada campuran daging kuda.
Ketua Pengarahnya, Datuk Dr Abdul Aziz Jamaluddin menjelaskan, ia kerana hanya produk import yang mendapat kelulusan kerajaan sahaja yang boleh dibawa masuk.
Dr Abdul Aziz bagaimanapun berkata, pemantauan akan dilakukan agensi kerajaan terlibat bagi memastikan pencemaran dalam produk daging tidak berlaku di negara ini.
Ujarnya, Jabatan Veterinar akan menghantar pegawai ke setiap pasaraya seluruh negara bagi mendapatkan maklumat jika ada laporan atau aduan daripada pengguna.
Beliau berkata, tiada pengimportan daging dan produk daging rumah sembelih dari Negara Kesatuan Eropah ke negara ini memandangkan ia tidak mendapat kelulusan teknikal dan pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Dr Abdul Aziz berkata demikian mengulas isu pencemaran daging kuda yang ditemui dalam daging lembu di eropah.
Peneraju pengeluar makanan dan minuman terkenal, Nestle sebelum ini menjadi syarikat terbaru yang menarik semula beberapa produknya di eropah yang mengandungi daging kuda.
Topic Berkaitan
#daging kuda
#Jabatan Perkhidmatan Veterinar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan