MELAKA: Jabatan Kesihatan Negeri Melaka melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) merampas 642 produk mengandungi steroid anabolik dan produk tidak berdaftar bernilai RM8.3 juta dalam Ops Pharma, semalam.
Pengarah Kesihatan negeri Datuk Dr Rusdi Abd Rahman berkata operasi itu yang turut disertai pelbagai agensi bermula 2 petang hingga 10.30 malam menyerbu tujuh premis termasuk rumah dan stor.
"Tindakan diambil rentetan aduan awam berkaitan penjualan produk steroid anabolik menerusi platform e-dagang.
"Operasi turut menahan dua lelaki berusia 30 dan 40 tahun serta merampas lima peranti digital," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata siasatan awal mendapati penjualan produk itu dilakukan secara aktif sejak dua tahun lepas dengan kesemua produk diimport dari beberapa negara dan dijual secara dalam talian.
"Steroid dikategorikan sebagai racun terkawal dan kerap disalah guna untuk tujuan membina otot badan.
"Jadi ia perlu diambil atas nasihat doktor dan ahli farmasi kerana penyalahgunaan boleh merosakkan buah pinggang, ketidakseimbangan hormon dalam badan serta terdedah kepada risiko penyakit kencing manis dan darah tinggi," katanya.
Menurut Dr Rusdi, penjualan produk tidak berdaftar adalah melanggar Peraturan 7(1)(a) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 12 (1) Akta Jualan Dadah 1952.
Beliau berkata mereka didapati bersalah boleh didenda tidak melebihi RM25,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-dua bagi kesalahan berikutnya.
"Bagi syarikat, boleh didenda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya manakala bagi kesalahan memiliki racun berjadual untuk tujuan jualan tanpa lesen racun boleh dihukum di bawah Seksyen 13(a) Akta Racun 1952," katanya.
Dr Rusdi berkata orang ramai boleh melaporkan sebarang penjualan produk tidak berdaftar melalui laman sesawang www.pharmacy.gov.my, portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) http://moh.spab.gov.my, mana mana Cawangan Penguatkuasaan Farmasi berhampiran atau hubungi talian 03-78413200.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Sep 07 2023
Jabatan Kesihatan Negeri Melaka melalui Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) merampas 642 produk mengandungi steroid anabolik dan produk tidak berdaftar bernilai RM8.3 juta dalam Ops Pharma, semalam. -Facebook KKM
Liputan terhadap Israel, perang di Gaza tidak terjejas - Al Jazeera
Editor pengurusan Arab saluran itu, Mohamed Moawad berkata ada kaedah lain yang akan digunakan oleh pasukannya dalam membawakan perkembangan terkini dari tanah Palestin itu.
Kekejaman Zionis: Rundingan gencatan senjata positif - Media Mesir
Kemajuan ketara dicapai dalam rundingan gencatan senjata mengenai konflik Gaza yang berlangsung sejak Sabtu lalu, laporan media Mesir.
Delegasi Hamas tiba di Kaherah, Mesir, pada Sabtu untuk mengadakan rundingan damai dengan pengantara Mesir dan Qatar.
Delegasi Hamas tiba di Kaherah, Mesir, pada Sabtu untuk mengadakan rundingan damai dengan pengantara Mesir dan Qatar.
Fasa pertama bantuan 100 kontena bermula hari ini
Fasa pertama bantuan rakyat Malaysia kepada penduduk Gaza dengan keseluruhan 100 kontena melibatkan barangan keperluan asas bernilai RM12 juta, bermula pada Isnin. Laporan Afiezy Azaman dari Kaherah, Mesir.
Polis jangka 'deefake' libat ahli politik meningkat
Polis menjangkakan jenayah penggunaan imej palsu menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) deepfake membabitkan ahli politik akan meningkat.
Jenayah Komersial di Malaysia meningkat 95.2 peratus dalam tempoh 5 tahun
Jenayah Komersial menyaksikan peningkatan sehingga 95.2 peratus dalam tempoh lima tahun.
Berusia 30 tahun ke atas, aktif media sosial, pendapatan kukuh jadi sasaran
Mereka yang berusia 30 tahun ke atas, aktif di media sosial dan mempunyai pendapatan kukuh merupakan sasaran sindiket penipuan jenayah komersial.
Fasa pertama bantuan 100 kontena bermula hari ini
Fasa pertama melibatkan 10 kontena yang dijadual dilancarkan pada jam 3 petang waktu tempatan ke pintu sempadan Rafah sebelum memasuki Gaza.
[TERKINI] Tragedi Kepala Air: 6 dikhuatiri lemas di Lembah Maksina
Enam orang dikhuatiri lemas, dua orang cedera manakala sembilan lagi selamat selepas dipercayai diserang kepala air di Lembah Maksina, Makuau malam tadi.
MCMC cadang tambah baik liputan internet di Pulau Kapas, Pulau Gemia
MCMC telah mengenal pasti beberapa lokasi bagi memperluaskan radius liputan internet sedia ada di sekitar Pulau Kapas dan Pulau Gemia.
Tragedi kepala air Lembah Maksina: 6 dikhuatiri lemas, dua cedera
Sembilan peserta river trekking pula selamat selepas terperangkap di Lembah Maksina, Makuau, Lahad Datu akibat banjir kilat malam tadi.
Restoran mamak kotor di Melaka diarah tutup 14 hari
Arahan penutupan selama 14 hari bermula petang semalam dikeluarkan selepas Jabatan Kesihatan melakukan pemeriksaan mengejut susulan aduan orang ramai.
Produk mengandungi steroid anabolik, tidak berdaftar bernilai RM8.3 juta dirampas
Dr Rusdi Abd Rahman berkata operasi itu yang turut disertai pelbagai agensi bermula 2 petang hingga 10.30 malam menyerbu tujuh premis termasuk rumah dan stor.
Jijik! Gudang simpanan stok pasar raya dipenuhi najis haiwan
Pasar raya itu juga menyimpan ayam dan ikan busuk sehingga beku selain makanan yang telah tamat tarikh luput selama empat tahun.
PRN Melaka: Jabatan Kesihatan sahkan kes jangkitan COVID-19 melibatkan petugas parti
JKN ambil tindakan segera menutup Bilik Gerakan parti politik itu serta mengeluarkan kompaun RM10,000 kerana gagal mematuhi SOP.
Rebah di tempat vaksin: Dua insiden di tempat dan hari sama punca kekeliruan
JKN Melaka mengakui wujud kekeliruan dalam kenyataan awal yang dikeluarkan pihaknya semalam, berkaitan video tular mengenai remaja lelaki yang rebah di kawasan parkir kereta sebuah pusat vaksin.
Tiada kes positif COVID-19 dirawat di Hospital Jasin
Berita yang tular melalui aplikasi WhatsApp tersebut tidak benar kerana tiada kes positif COVID-19 dilaporkan sehingga kini di negeri berkenaan.