awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Harga emas, perak dijangka terus meningkat di sebalik ketidaktentuan jangka pendek - MGA
Pembangunan Dasar Halal Negara pada fasa akhir, dijangka siap Mei ini - Fadillah
SPRM pulangkan wang hasil rasuah, urusan belanja tanggungjawab MOF - Azam Baki
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Produk terbaharu Blackberry dengan sistem operasi Android

Hakim Rahman
Hakim Rahman
09/12/2015
02:53 MYT
Produk terbaharu Blackberry dengan sistem operasi Android
PRIV akan dijual di Malaysia bermula Khamis. -Gambar siaran media
BLACKBERRY Ltd memperkenalkan telefon pintar terbaharunya, PRIV, iaitu merupakan peranti pertama syarikat itu yang menggunakan sistem operasi Android.
Telefon pintar ini mempunyai mempunyai papan kekunci dan skrin sentuh dwi-lengkung, papan kekunci fizikal dan sentuh bersaiz 5.4 inci dengan resolusi 2560 x 1440 piksel pada 540ppi.
Ia turut dilengkapi bateri berkapasiti 3410mAh untuk penggunaan selama 22.5 jam.
Blackberry turut memberikan storan 32GB bersama kamera 18MP dan 2MP di depan serta RAM sebanyak 3GB.
PRIV akan dijual di Malaysia bermula Khamis secara eksklusif di Celcom Axiata Berhad (Celcom).
Pengguna juga boleh membuat tempahan di laman e-dagang 11street pada harga promosi RM3,388 sebelum dijual mengikut harga asal iaitu RM3,559 pada 15 Disember ini.
Sementara itu, Pengarah Saluran Pemasaran Asia-Pacific Blackberry Ltd, Chris Jones, berkata, PRIV direka dengan keselamatan pada terasnya, dibina berasaskan legasi keselamatan dan privasi data pelanggan Blackberry.
"Kami yakin peranti ini akan mencatatkan prestasi jualan yang memberangsangkan tahun depan.
"Bersandarkan Malaysia yang masih kekal sebagai pasaran utama Blackberry di Asia Tenggara, kami akan bersedia dengan lebih banyak usaha untuk menawarkan lebih banyak telefon pintar masa depan," katanya seperti dilaporkan Bernama.
Topic Berkaitan
#Android
#BlackBerry
#PRIV
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan