awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NVIDIA dilapor tangguh rundingan pelaburan sehingga AS$100 bilion dalam OpenAI
LHDN umum perubahan portfolio TKPE, perkukuh keberkesanan organisasi
UM bantu polis kesan Nawal Shahirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prof Ahmad Martadha dilantik Naib Canselor UUM ke-11

Farhan Hakimi
Farhan Hakimi
17/12/2025
13:11 MYT
Prof Ahmad Martadha dilantik Naib Canselor UUM ke-11
Ahmad Martadha merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Southern Illinois University, Carbondale, Amerika Syarikat.
KUALA LUMPUR: Prof. Dr. Ahmad Martadha Mohamed secara rasmi dilantik sebagai Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) yang ke-11 berkuat kuasa Selasa, 16 Disember 2025.
Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dalam satu kenyataan pada Rabu berkata, kepakaran beliau dalam bidang pentadbiran awam serta pengalaman menerajui institusi di pelbagai peringkat, membolehkan beliau memainkan peranan strategik dalam memperkukuh budaya pemindahan ilmu.
Antara lain, merealisasikan visi UUM sebagai institusi pengurusan terkemuka yang berdaya saing di peringkat nasional dan antarabangsa.
KPT turut merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Datuk Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan atas jasa bakti beliau sepanjang menerajui UUM sebelum ini.
Ahmad Martadha merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Sains Politik dari Southern Illinois University, Carbondale, Amerika Syarikat.
Beliau mempunyai pengalaman luas dalam bidang kepimpinan dan tadbir urus universiti, khususnya di UUM.
Beliau juga pernah memegang beberapa jawatan strategik termasuk Dekan Pembangunan Pelajar dari 2005 hingga 2008.
Sejak 2022, beliau berkhidmat sebagai Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UUM sehingga kini.
Topic Berkaitan
#UUM
#Ahmad Marthada
#Naib Canselor
#KPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan