Pakar ekonomi, Prof Dr. Jomo Kwame Sundaram dinobatkan sebagai Tokoh Akademik Negara ke-12.

Jomo menerima anugerah tersebut yang disampaikan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Beliau yang merupakan mantan ahli Malis Penasihat Kerajaan, membawa pulang wang tunai RM200,000, sebuah trofi dan sijil pengiktirafan.

Anugerah Akademik Negara (AAN) merupakan pengiktirafan tertinggi kerajaan kepada para cendekiawan Malaysia yang telah mengharumkan nama negara dalam pelbagai bidang.

Terdapat enam lagi ahli akademik turut menerima anugerah dalam kategori masing-masing dengan setiap mereka menerima wang tunai RM50,000, trofi dan sijil.

Dalam pada itu, anugerah Ahli Akademik Harapan, khusus untuk ahli akademik muda bawah 40 tahun, dianugerahkan kepada Prof Madya Dr. Juan Joon Ching dari Universiti Malaya (UM).

Pada majlis itu, Dr Mahathir merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua ahli akademik yang telah memainkan peranan dalam institusi penidikan negara.