awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GWM rasmi lancar WEY G9 Hi4 PHEV di Malaysia
Pegawai MPPD mengaku tidak bersalah terima suapan RM47,000
Permohonan pengambilan 20,000 guru DG9 dibuka Mac - KPM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Charles umum pengurangan rawatan kanser

Bernama
Bernama
13/12/2025
08:31 MYT
Raja Charles umum pengurangan rawatan kanser
Raja Charles telah menjalani rawatan kanser sebagai pesakit luar sejak awal Februari 2024. - Foto Reuters
LONDON: Raja Charles III mengumumkan bahawa rawatan kansernya akan dikurangkan pada tahun baharu, sambil menggesa orang ramai supaya memanfaatkan saringan penyakit yang disediakan, lapor PA Media/dpa.

Ringkasan AI
  • Raja Charles III mengumumkan rawatan kansernya akan dikurangkan pada tahun baharu, selepas menjalani rawatan kanser sejak Februari 2024.
  • Baginda menyeru orang ramai untuk menjalani saringan penyakit dan memberi penghormatan kepada komuniti penjagaan kanser.
  • Baginda berkongsi pengalamannya bahawa diagnosis awal kanser adalah krusial dalam menyelamatkan nyawa dan membolehkan beliau menjalani kehidupan yang aktif.

Perkembangan terkini mengenai kesihatan baginda dikongsikan menerusi satu mesej video bagi menyokong kempen Stand Up To Cancer.
Baginda bertitah bahawa "berita baik" itu adalah hasil diagnosis awal, rawatan berkesan serta pematuhan terhadap "arahan doktor".
Ketua negara itu telah menjalani rawatan kanser sebagai pesakit luar sejak awal Februari 2024, yang dipercayai melibatkan lawatan mingguan ke London Clinic, namun sesi rawatan berkenaan akan dikurangkan dengan ketara.
Baginda turut berkongsi bahawa berdasarkan pengalamannya sendiri, "diagnosis kanser boleh terasa amat membebankan", selain memberi penghormatan kepada "komuniti penjagaan" yang terdiri daripada pakar, jururawat, penyelidik dan sukarelawan.
"Diagnosis awal secara ringkasnya menyelamatkan nyawa.
"Kini, saya telah berulang kali mendengar mesej ini semasa lawatan saya ke pusat-pusat rawatan kanser di seluruh negara. Saya juga mengetahui sejauh mana perbezaan yang dibawanya dalam kes saya sendiri, yang membolehkan saya terus menjalani kehidupan yang penuh dan aktif, walaupun ketika menjalani rawatan.
"Malah, hari ini saya dapat berkongsi berita baik bahawa hasil diagnosis awal, intervensi berkesan dan pematuhan terhadap 'arahan doktor', jadual rawatan kanser saya sendiri dapat dikurangkan pada tahun baharu," titah baginda.
-- BERNAMA

Topic Berkaitan
#Raja Charles III
#Rawatan kanser
#diagnosis awal
#United Kingdom
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan