KANGAR: Program dan aktiviti berteraskan pendidikan al-Quran perlu dimartabatkan dalam kehidupan umat Islam, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.
"Kelas-kelas pengajian seperti kelas bacaan al-Quran, tajwid, hafazan, dan tafsir perlu dipergiatkan supaya masyarakat Islam lebih terdidik untuk mencintai al-Quran dan mengamalkannya dalam kehidupan," titah baginda menerusi satu kenyataan dikeluarkan Istana Arau hari ini.
Baginda bertitah demikian ketika berangkat merasmikan Majlis Penutup Tilawah dan Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Perlis 2023 anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) di Dewan Bakawali, Mes Pegawai Kanan PDRM, Kangar malam tadi.
Berangkat sama Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.
Titah baginda, al-Quran ialah kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia untuk dijadikan pedoman dan panduan hidup dalam kehidupan harian. Hal ini meliputi seluruh aspek kehidupan sama ada akidah, ibadah, akhlak dan sebagainya.
"Maka seharusnya kita sebagai hamba Allah SWT berusaha untuk mendalami isi kandungannya agar dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian kita," titah baginda.
Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah faktor utama kekuatan umat Islam adalah keteguhan dalam berpegang dan beramal dengan pedoman al-Quran dan pendidikan yang sempurna mengenainya mampu melahirkan umat Islam yang hebat dan berdaya saing.
"Al-Quran juga akan menjadi benteng dalam menyekat anasir-anasir negatif yang boleh merosakkan akidah dan prinsip agama seseorang Muslim," titah baginda.
Sementara itu, Muhammad Anas Abdul Hadi muncul Johan Qari dengan markah 94 peratus dan Norsyafirah Jusoh yang mencatat markah 90.5 peratus sebagai Johan Qariah dalam Tilawah dan Hafazan Al Quran Peringkat Negeri Perlis 2023.
Muhammad Amirul Afiq Abd Rahim memenangi Kategori Hafazan 10 Juzuk Lelaki, Sharifah Balqis Syed Jamaluddin (Kategori Hafazan 10 Juzuk Perempuan), Muhammad Aiman Haikal Mazlan (Kategori Hafazan 20 Juzuk Lelaki), Nur Irdina Shahrin Zamani (Kategori Hafazan 20 Juzuk Perempuan) dan Muhammad Zawawi Dun (Kategori Hafazan 30 Juzuk Lelaki).
Hadiah kepada pemenang lelaki disampaikan oleh Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail, manakala Tuanku Hajah Lailatul Shahreen berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 17 2023

Baginda bertitah, al-Quran ialah kitab suci yang diturunkan oleh Allah SWT kepada manusia untuk dijadikan pedoman dan panduan hidup dalam kehidupan harian. - Gambar fail/ Bernama
Nang best! Konsert Nidji Pelangi di Kuching 2025 memukau
Penduduk diingatkan tidak panik terima notis ambil alih tanah
Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Shahelmey Yahya berkata, bagi pakej 33, 34 dan 35 yang melibatkan 80.2 kilometer di Telupid, projek tersebut kini memasuki fasa kritikal, melibatkan kerja-kerja awal dan pembersihan tapak.
Analisis klip video skandal rasuah ADUN Sabah dijangka siap dalam seminggu
Klip video yang berkaitan skandal rasuah melibatkan beberapa ahli ADUN Sabah tentang isu perlesenan lombong mineral akan siap dalam tempoh seminggu lagi.
AirBorneo bakal lebar sayap ke semua ibu kota ASEAN
Dengan rancangan penerbangan ke setiap ibu kota negara ASEAN, AirBorneo baka; menjadikan perjalanan dan permiagaan dalam kalangan negara naggota menjadi lebih mudah dan pantas.
Hajiji gesa agensi pellaksana pantau perkembangan projek
V
KDNK sabah meningkat kepada RM83.2 bilion tahun lepas - Hajiji
Sabah menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang positif dengan KDNK meningkat kepada RM83.2 bilion tahun lepas.
Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan pencapaian ini hasil kerjasama pelbagai pihak.
Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor menyatakan pencapaian ini hasil kerjasama pelbagai pihak.
Keluarga mangsa kes tembak tuntut keadilan
V
Pantau Agenda Reformasi: Malaysia ke arah bandar mampan berteknologi pintar
Norliza Hashim, Ketua Pegawai Eksekutif URBANICE Malaysia

KPM kenal pasti penempatan sementara pelajar terjejas kebakaran asrama - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah mengenal pasti penempatan sementara bagi pelajar terjejas akibat kebakaran blok asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak di ibu negara, semalam.

PM Anwar harap hubungan diplomatik Malaysia, Mesir terus kukuh
Dalam pertemuan tersebut, Nasr memaklumkan bahawa hubungan diplomatik antara kedua-dua negara sahabat semakin erat di bawah kepimpinan Kerajaan MADANI.

Umat Islam perlu utamakan perpaduan ummah - Raja Muda Perlis
Baginda bertitah umat Islam tidak boleh membiarkan sebarang perbezaan kecil menjadi punca persengketaan sebaliknya perlu mengutamakan nilai persaudaraan dan kasih sayang.

Bandar Teknologi Maju Perlis tawar lebih 2,000 peluang pekerjaan - Fahmi
Fahmi berkata projek yang menelan keseluruhan kos mencecah AS$11 bilion (RM49.17 bilion) itu dijangka mula beroperasi secara berperingkat pada pertengahan 2027.

Raja Muda Perlis jadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.

MAIPs peruntuk RM7 juta laksana program latihan kemahiran asnaf
MAIPs memperuntukkan RM7 juta kepada Akademi Transformasi Asnaf MAIPs (ATAM) untuk pelaksanaan program aktiviti berbentuk latihan kemahiran asnaf dan pengurusan bagi tahun ini.

Pembeli dinasihat pastikan ketulenan harum manis elak tertipu
Jabatan Pertanian Perlis menasihati pembeli supaya memastikan ketulenan mangga harum manis sebelum membuat pembelian pada musim pengeluaran mangga itu yang kini telah pun bermula, supaya tidak tertipu

Guna AI perkasa tugas kawal sempadan negara - Raja Muda Perlis
Langkah itu dilaksanakan negara maju dalam usaha memperkasa penugasan mengawal sempadan negara ini supaya tidak mudah dibolosi.

ATM wajar kaji penglibatan Askar Wataniah dalam operasi teras - Raja Muda Perlis
ATM wajar mengkaji dsemula segala seksyen sedia ada bagi membolehkan penglibatan pasukan simpanan tentera darat dalam operasi teras.

Raja Muda Perlis alu-alukan lebih banyak pelaburan dalam sektor pelancongan
Antara pelaburan berkaitan pelancongan yang boleh dilaksanakan di Perlis ialah perhotelan, taman tema dan menara tinjau.

Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati, disuburkan - Raja Muda Perlis
Semangat kesukarelawanan perlu sentiasa dihayati dan disuburkan dalam kalangan rakyat, titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail.

Raja Muda: Rakyat 'duta' Tahun Melawat Perlis 2024-205
Tuanku Syed Faizuddin bertitah, layanan baik harus diberikan kepada pelancong yang akan melawat Perlis.