awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Thailand bakal perketat peraturan ganja semula
MALAYSIA
Kerajaan digesa laksana langkah tegas pengharaman vape, cegah mudarat meningkat - MCTC
MALAYSIA
Murid tahun satu wajar didedah awal aktiviti Pengakap - Nurul Izzah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

MALAYSIA

Program Al-Falah MADANI 2025 di Kuantan bermula esok

Bernama
Bernama
26/06/2025
11:00 MYT
Sponsor Banner
Program Al-Falah MADANI 2025 di Kuantan bermula esok
Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan program Al-Falah MADANI 2025 di Masjid Jamek Beserah bermula esok hingga Ahad. - BERNAMA
KUANTAN: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menerusi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan program Al-Falah MADANI 2025 di Masjid Jamek Beserah di sini bermula esok hingga Ahad.
Program ini merupakan manifestasi pendekatan Malaysia MADANI yang menekankan prinsip keterangkuman, kebersamaan dan kesejahteraan masyarakat melalui penglibatan pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan rakyat setempat dalam memperkukuh syiar Islam di peringkat akar umbi.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata pelbagai aktiviti menarik akan dianjurkan sempena program berkenaan antaranya Jualan Rahmah MADANI, gerai jualan makanan dan minuman, pemeriksaan kesihatan percuma, sukan rakyat dan pertunjukan aset kenderaan badan beruniform.
Acara utama merangkumi Indera Mahkota Berselawat dan Malam Kesenian Islam yang diadakan malam esok, Kuliah Zuhur Perdana Indera Mahkota bersama Ustaz Abdul Somad (Sabtu), Forum Perdana Hal Ehwal Islam Indera Mahkota (9 malam, Sabtu) dan Solat Subuh Macam Jumaat bersama Syeikh Abdul Karim Omar Al-Makki (Ahad).
"Melalui program seperti ini, Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) beriltizam untuk memperkukuh peranan masjid sebagai pusat pertemuan ummah, wadah dakwah yang berkesan serta medan pembangunan komuniti Muslim yang dinamik dan progresif," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Beliau berkata orang ramai dijemput memeriahkan program Al-Falah MADANI 2025 sebagai tanda sokongan terhadap usaha pembangunan Islam yang menyeluruh di bawah kerangka Malaysia MADANI.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JAKIM
#Al-Falah MADANI 2025
#Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama
#Masjid Jamek Beserah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami