awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Celik Al-Quran YPM manfaatkan pelajar

Astro Awani
Astro Awani
24/12/2020
16:19 MYT
Program Celik Al-Quran YPM manfaatkan pelajar
20 orang pelajar terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah terpilih mengikuti Program Celik Al Quran Yayasan Pelajaran MARA (YPM) yang diadakan dalam jangka masa tiga bulan, iaitu setiap hari Sabtu dan Ahad.
KUALA LUMPUR:Seramai 20 orang pelajar terdiri daripada pelajar sekolah rendah dan menengah telah dipilih mengikuti Program Celik Al-Quran Yayasan Pelajaran MARA (YPM) yang diadakan dalam jangka masa tiga bulan, iaitu setiap hari Sabtu dan Ahad.
Pelaburan MARA Berhad (PMB) telah menaja program berkenaan melibatkan 10 pusat pengajian dengan nilai RM40,000.
Para pelajar dan peserta ini akan dibimbing oleh guru-guru yang bertauliah dalam bidang pengajian Al-Quran.
Pengerusi Pelaburan MARA Berhad, Datuk Azrulnizam Abdul Aziz, menyerahkan cek penajaan kepada Pengerusi Eksekutif Yayasan Pelajaran MARA, Datuk Dr Mohd Nizar Sudin dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Dr. Abdul Latiff Ahmad.
Bahagian Komunikasi Korporat YPM dalam satu kenyataan memaklumkan, YPM berharap jalinan itu dapat diteruskan pada masa akan datang.
Melalui program itu, pelajar dan peserta akan dibimbing oleh guru–guru yang bertauliah dalam bidang pengajian Al-Quran.
Ia turut membantu peserta dari kalangan pelajar rendah dan menengah untuk mempelajari asas bacaan Al-Quran yang betul.
Pada masa sama, program memperkenalkan huruf-huruf Al-Quran, makhraj, sifat-sifat huruf dan hukum-hukum tajwid yang betul serta membimbing peserta membaca Al-Quran dengan lancar, fasih dan betul.
Topic Berkaitan
#YPM
#Program Celik Al Quran
#Pelaburan Mara Berhad
#Yayasan Pelajaran MARA
#Azrulnizam Abdul Aziz
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan