awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Dapur It'am bantu agih makanan berbuka di Wilayah Persekutuan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
23/04/2020
08:38 MYT
Program Dapur It'am bantu agih makanan berbuka di Wilayah Persekutuan
Mengulas mengenai garis panduan untuk menunaikan ibadah sedekah sepanjang PKP, Zulkifli berkata pelbagai cara boleh dilakukan termasuk melaksanakan sedekah secara dalam talian. - Gambar fail
Program Dapur It’am yang dilaksanakan di Wilayah Persekutuan dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 25,000 golongan yang memerlukan sepanjang bulan Ramadan.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri berkata inisiatif dengan peruntukan sebanyak RM2.16 juta itu dilaksanakan bagi memberikan agihan makanan berbuka puasa.
Katanya, ia sekali gus memastikan ibadah sedekah dapat terus dilaksanakan dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berkuat kuasa.
Jelas beliau, seramai enam petugas yang diberikan suntikan tifoid ditugaskan untuk melakukan aktiviti memasak, sebelum ia dibungkus dan diberikan kepada wakil-wakil terlibat untuk diagihkan.
“Mereka (wakil) akan agihkan di tempat masing-masing di kawasan seperti taman (perumahan). Sebanyak 72 buah masjid dan surau (beroperasi) di mana masjid tersebut betul-betul mengikut SOP (yang ditetapkan),” katanya dalam sidang media khas, di sini hari ini.
Mengulas mengenai garis panduan untuk menunaikan ibadah sedekah sepanjang PKP, Zulkifli berkata pelbagai cara boleh dilakukan termasuk melaksanakan sedekah secara dalam talian.
“Jadi dalam situasi di dalam PKP ini, sedekah boleh kita lakukan sebagaimana kita lakukan dalam masa (contohnya) kita tempah (makanan menggunakan) Grab Foob dan seumpamanya, dan Alhamdulillah online pun ada dan kita boleh ambil alamat dan suruh mereka hantar,” ujarnya.
Topic Berkaitan
#COVID-19
#online
#Perdana Menteri
#Ramadan
#SOP
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan