IPOH: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Program Jualan Termurah Khidmat Demi Rakyat akan diteruskan dan diperluaskan seluruh negara bagi membantu mengurangkan kos hidup rakyat.
Berucap secara ringkas ketika mengadakan lawatan ke Program Jualan Termurah Khidmat Demi Rakyat di Padang Awam Klebang Restu di sini hari ini, Anwar berkata beliau mengambil berat keluhan rakyat yang harga barangan dan perkhidmatan semakin meningkat.
"Kita telah mengambil pelbagai langkah berikutan kos sara hidup yang meningkat, walaupun jumlah STR (Sumbangan Tunai Rahmah) kita naikkan, tetapi tidak cukup, kalau harga barang naik.
"Kita akan perbanyakkan, kerapkan, perluaskan jualan murah terutama barangan keperluan ikan, ayam, beras dan sebagainya," katanya.
Turut hadir Ahli Parlimen Bukit Gantang Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan menerusi Mesyuarat Khas Majlis Tindakan Sara Hidup (NACCOL) akan terus mencari ikhtiar bagi mencari penyelesaian peningkatan sara hidup sehingga ke akar umbi.
"Kos meningkat di pasaran mana-mana negara di dunia, percayalah ia tidak mudah, tetapi kita ambil setiap keluhan dan akan terus cari jalan," kata Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun.
Perdana Menteri selepas itu mengadakan tinjauan di pasar raya Mydin di Meru Raya dan kaunter bergerak Lembaga Hasil Dalam Negeri Perak bagi semakan penerima STR dan Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 28 2024
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meninjau jualan ayam segar ketika menghadiri Program Jualan Termurah Madani di Padang Taman Klebang Restu hari ini. - Foto Bernama
Zii Jia antara rakan pencetus semangat untuk terus berjuang - Jin Wei
Pengikut media sosial pemain badminton perseorangan wanita profesional Goh Jin Wei mungkin menyedari keakrabannya dengan rakan senegara Lee Zii Jia, Soh Wooi Yik dan Lai Pei Jing.
Sambutan Hari Wesak medium tingkatkan pemahaman antara masyarakat berbilang kaum - Saraswathy
Selain dapat mengeratkan perpaduan ia juga menggalakkan masyarakat untuk lebih mengenali budaya agama lain.
Libatkan diri dalam keusahawanan satu bentuk patriotisme yang tinggi - Ewon
Menceburi bidang perniagaan dan koperasi merupakan satu bentuk patriotisme yang tinggi, menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk Ewon Benedick.
Kunjungan ke tiga negara di benua Asia Tengah jana potensi pelaburan, perdagangan lebih RM2.1 bilion - PM Anwar
Kunjungan ke Kyrgyzstan, Kazakhstan dan Uzbekistan berjaya menjana potensi pelaburan dan perdagangan sekurang-kurangnya berjumlah lebih RM2.1 bilion.
Operasi mencari helikopter dinaiki Presiden Iran sedang berjalan
Operasi mencari dan menyelamat dijangka mencabar dan mungkin mengambil masa disebabkan oleh keadaan muka bumi dan cuaca yang buruk.
Kad Haji Nusuk mula diedar, berkuatkuasa selepas 6 Jun
Lembaga Tabung Haji (TH) telah mula mengedarkan kad haji Nusuk bagi musim haji 1445H/2024M secara berperingkat kepada jemaah haji negara pada 18 Mei, menjadikan Malaysia antara negara terawal yang berbuat demikian bagi memperkemaskan proses dan meningkatkan langkah keselamatan untuk jemaah.
DAP teruskan legasi perjuangan Karpal Singh
DAP akan sentiasa berpegang teguh kepada Perlembagaan Persekutuan dan memperjuangkan prinsip keadilan sebagaimana tokoh politik parti dan bekas pengerusinya, mendiang Datuk Seri Karpal Singh.
PM sifatkan Isreal sebagai kolonial apartheid
Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menyifatkan Israel sebagai sebuah kolonial apartheid kerana melakukan jenayah kemanusian ke atas rakyat Palestin.
Starlink sudah tiba di Indonesia
Bilionair yang juga pemilik SpaceX optimis dengan inovasi perkhidmatan jalur lebar dengan teknologi satelit Starlink yang dicipta syarikatnya mampu memberi capaian internet yang meluas khusus sekali di kawasan-kawasan pedalaman Indonesia. Beliau yang juga merupakan pemilik jenama kenderaan elektrik terkemuka, Tesla dan laman sensasi 'X' kini berada di pulau pelancongan, Bali untuk melancarkan sistem khidmat itu yang turut memberi impak besar kepada sektor kesihatan negara berkepulauan terbesar di dunia itu.
10 Berita Pilihan - (19 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Program Jualan Termurah Khidmat Demi Rakyat akan diperluas, lebih kerap - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Program Jualan Termurah Khidmat Demi Rakyat akan diteruskan dan diperluaskan seluruh negara.
Program Jualan Termurah Khidmat Demi Rakyat dijangka diperluas seluruh Parlimen - Fahmi
Program Jualan Termurah, Khidmat Demi Rakyat akan diperluaskan bagi memenuhi permintaan, sekali gus membantu mengurangkan kos sara hidup.