awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laungan ‘Bebas Bosku’ bergema di Kompleks Mahkamah
Ringgit teruskan aliran mengukuh, cecah lagi paras tertinggi dalam lima tahun
Seorang rentung, lebih 30 rumah setinggan terbakar di Tatau
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Madani Rakyat Zon Utara: Lebih 3,700 resume diterima pada Karnival Kerjaya

Bernama
Bernama
05/05/2024
11:54 MYT
Program Madani Rakyat Zon Utara: Lebih 3,700 resume diterima pada Karnival Kerjaya
Rafidah (dua, kiri) berkata sebanyak 3,735 resume diterima dengan 108 individu telah ditawarkan pekerjaan manakala selebihnya masih dalam proses saringan. - Foto Bernama
GEORGE TOWN: Karnival Kerjaya sempena Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara yang diadakan di Tapak Pesta Sungai Nibong dekat sini, menerima sambutan menggalakkan apabila platform mencari pekerjaan itu sentiasa dipenuhi pengunjung sepanjang tiga hari ia berlangsung sejak Jumaat.
Pengarah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) Pulau Pinang Rafidah Abdul Rahim berkata sebanyak 3,735 resume diterima dengan 108 individu telah ditawarkan pekerjaan manakala selebihnya masih dalam proses saringan.
"Kami telah sediakan 16 reruai pada Karnival Kerjaya setiap hari dan jumlah kehadiran pengunjung yang direkodkan melebihi 3,300 orang sepanjang karnival ini berlangsung.
"Karnival Kerjaya pada kali ini melibatkan 26 majikan antaranya Robert Bosch Power Tools, Penang Port Sdn Bhd dan Fuji Electrical (M) Sdn Bhd. Jumlah keseluruhan pekerjaan yang ditawarkan di sini adalah sebanyak 1,582," katanya ketika ditemui Bernama hari ini.
Beliau berkata jenis pekerjaan ditawarkan dalam karnival itu meliputi sektor pembuatan, penginapan dan perkhidmatan, makanan dan minuman, aktiviti kewangan dan insurans serta sektor pengangkutan dan penyimpanan.
Selain itu, Rafidah berharap Karnival Kerjaya yang akan dilaksanakan pada siri seterusnya dapat menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan kepada pengunjung dengan penglibatan majikan dalam pelbagai industri.
Program Madani Rakyat 2024 Zon Utara yang melabuhkan tirai hari ini adalah kesinambungan kepada Program Setahun Bersama Kerajaan Madani, menjadi wadah masyarakat mendapatkan maklumat tentang 196 perkhidmatan kerajaan Persekutuan, negeri dan agensi berkaitan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Program MADANI Rakyat 2024
#perkeso
#Karnival Kerjaya
#resume
#pencari kerja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan