KUALA LUMPUR: Program Pemerkasaan Orang Kurang Upaya (OKU) Celik Digital adalah salah satu usaha kerajaan untuk menghubungkan komuniti OKU dengan agensi kerajaan selaras aspirasi Malaysia MADANI.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata, inisiatif itu juga diperkenalkan bagi memastikan tiada golongan masyarakat dalam negara ini terpinggir dalam pelaksanaan dasar dan inisiatif kerajaan.
Fahmi berkata program itu turut menjadi platform untuk mempromosikan inisiatif yang digerakkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD), khususnya melalui Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi membolehkan komuniti OKU memperoleh manfaat dan pelbagai faedah.
"Dunia digital bertindak sebagai pemboleh cara yang memberi peluang kepada komuniti ini berkomunikasi tanpa kekangan.
"Justeru, pelaksanaan program pembangunan dan pemerkasaan digital belia OKU dilakukan bagi membolehkan mereka menggunakan peluang sebaik mungkin dan meningkatkan kebolehpasaran OKU dalam pekerjaan," katanya ketika berucap merasmikan program itu di sini, hari ini.
Menurutnya lagi, terdapat empat objektif utama yang ditekankan menerusi Program OKU Celik Digital yang merangkumi peningkatan kesedaran serta advokasi kepada komuniti OKU, pendedahan kepada komuniti berhubung kewaspadaan jenayah siber, mendidik dan melindungi pengguna internet daripada risiko dan ancaman dalam talian serta meningkatkan tahap literasi digital masyarakat.
"Kesemua objektif ini dicapai melalui perkongsian beberapa modul yang merangkumi tiga aspek iaitu kesedaran internet, keusahawanan digital dan pemerkasaan digital," katanya.
Fahmi berkata modul-modul tersebut disampaikan oleh beberapa agensi kerajaan dan swasta yang antaranya terdiri daripada MCMC, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Shopee.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Nov 05 2023
Menteri Komunikasi dan Digital merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil berucap Majlis Perasmian Program Pemerkasaan Orang Kurang Upaya (OKU) Celik Digital di Pusat Komuniti IWK Eco Park hari ini. - Foto Bernama
Pantau Agenda Reformasi: Dunia perlu bertindak, lindungi Tentera Pengaman UNIFIL
Bagaimana PBB dan dunia perlu bertindak di sebalik desakan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya PBB keluarkan tentera pengaman UNIFIL?
Usahawan wanita: Data tepat mudahkan bantuan dan sokongan - Tengku Zafrul
Kajian akan membantu penghasilan data yang tepat, sekali gus membolehkan bantuan dan sokongan yang lebih bersasar diberikan.
Thailand janji sokong penuh Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN 2025
Selepas kejayaan Laos menamatkan pengerusiannya, perhatian kini tertumpu kepada Malaysia untuk meneruskan usaha dan komitmen ASEAN.
Belanjawan 2025: Isu mampu milik jadi tumpuan sektor hartanah
Isu berkaitan mampu milik kekal menjadi tema utama dalam sektor hartanah menjelang Belanjawan 2025 walaupun beberapa cadangan yang dikemukakan bukan suatu perkara baharu, kata CIMB Securities Sdn Bhd
Pelajar Palestin terima pendidikan di Pakistan ketika Israel terus lancar serangan
Kumpulan pertama pelajar Palestin tiba di Lahore, wilayah Punjab dan lebih ramai akan tiba di Islamabad.
KDNK suku ketiga 2024 Singapura berkembang 4.1 peratus - MTI
Mengikut unjuran awalnya, MTI melaporkan berdasarkan asas pelarasan musim suku ke suku, ekonomi berkembang sebanyak 2.1 peratus, meningkat daripada pertumbuhan 0.4 peratus pada suku kedua.
Sektor perindustrian Malaysia dijangka kekal tumbuh
PIVB berkata pertumbuhan itu didorong oleh peningkatan sebanyak 6.5 peratus dari tahun ke tahun dalam sektor pembuatan dan kenaikan sebanyak 4.1 peratus dari tahun ke tahun dalam pengeluaran elektrik manakala sektor perlombongan menguncup sebanyak 6.4 peratus dari tahun ke tahun.
Jualan asing ekuiti berkurangan kepada RM45.7 juta
Sektor dengan aliran masuk asing bersih tertinggi ialah produk dan perkhidmatan pengguna (RM98.0 juta), hartanah (RM31.8 juta) dan perladangan (RM23.7 juta).
Dewan Rakyat lulus pindaan Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
RUU berkenaan diluluskan dengan lebih suara bersetuju selepas dibahaskan oleh 23 Ahli Parlimen.
Cukai GST jadi mekanisme untuk kurangkan fiskal negara
Menurut Ketua Ekonomi, Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, pengenalan semula GST adalah langkah yang selari dengan matlamat kerajaan untuk mengecilkan jurang fiskal dalam kewangan negara.
Program OKU Celik Digital pastikan tiada golongan terpinggir - Fahmi
Program Pemerkasaan OKU Celik Digital adalah salah satu usaha kerajaan untuk menghubungkan komuniti OKU dengan agensi kerajaan.