JOHOR BAHRU: Kerajaan Johor terus komited dalam memperkasakan aktiviti tekno-keusahawanan di negeri ini, menerusi pelaksanaan Program Pengkomersialan Harta Intelek Cohort 2, tahun 2023 anjuran hasil kolaborasi strategik antara Malaysian Technology Development Corporation (MTDC) dan Perbadanan Usahawan Johor Sdn. Bhd. (PUJB).
Program ini bukan sahaja mampu mendukung usahawan tempatan untuk lebih berdaya saing dalam pasaran, malah turut memberikan peluang untuk menyuntik teknologi industri 4.0 di dalam perniagaan mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif MTDC, Mohammad Hazani Hassan berkata, ia merupakan kali kedua pihaknya berganding bahu dengan PUJB dalam menjayakan usaha tersebut.
Katanya, menerusi inisiatif itu, MTDC turut menyasarkan untuk membimbing 10 syarikat atau penyelidik melalui khidmat nasihat dan bimbingan selama tempoh 6 bulan, dalam mengkomersialkan teknologi atau harta intelek mereka ke pasaran.
"Antara aktiviti yang utama akan dikendalikan termasuk aktiviti pengesahan teknologi dan pasaran. Cohort 2 ini akan dijalankan dalam dua fasa dan syarikat yang terpilih akan melalui dua fasa saringan.
"Dimana pada fasa pertama, sebanyak 20 syarikat atau penyelidik akan dipilih untuk menjalani program ini selama dua bulan.
"Seterusnya, pada fasa kedua, 10 daripada 20 syarikat itu akan dibawa menjalani program selama empat bulan.
"Pihak MTDC akan berusaha membimbing semua peserta di dalam program ini agar teknologi atau penyelidikan mereka dapat di komersialkan," katanya selepas merasmikan Program Pengkomersialan Harta Intelek Cohort 2, tahun 2023 di Amansari Hotel, Nusajaya, di sini pada Ahad.
Tambah beliau, dengan adanya program pengkomersialan seperti itu, permohonan paten tempatan akan meningkat dan lebih banyak teknologi dan inovasi dapat dikomersialkan.
"Hasrat kami sangat tinggi untuk syarikat tempatan dan usahawan-usahawan tempatan ini berjaya,
"Kerana kita yakin bahawa syarikat-syarikat tempatan ini, tahap (produk) teknologi tempatannya tinggi, tetapi mereka tak tahu bagaimana nak pergi ke pasaran.
"Jadi kita berasakan (program) Pengkomersialan Harta Intelek ini adalah salah satu jalan untuk kita bawa teknologi mereka ini naik ke satu tahap yang lebih tinggi, iaitu menembusi pasaran baru dan membesarkan hasilnya. Itulah hasrat kita," tambah beliau.
Sementara itu, Pengarah Eksekutif PUJB, Mohd Radzi Mohd Amin berkata, pelaksanaan program turut melambangkan kesungguhan kerajaan negeri dalam mengoptimumkan penggunaan teknologi sebagai sumber ekonomi baharu, yang berselari dengan Agenda Johor Maju menjelang 2030.
"Terutamanya kalau kita dapat lihat kebanyakan usahawan ini terdiri daripada generasi muda atau Gen-Y yang memang orang katakan bidang teknologi ini sebahagian daripada kepakaran mereka.
"Di negeri Johor melalui pihak Bahagian Perancangan Ekonomi Negeri (BPEN) memang peka terhadap perkara ini, dan memang memberikan ruang yang besar buat usahawan,
"Terutamanya kepada generasi muda untuk meningkatkan penggunaan teknologi, khususnya dalam syarikat mereka," jelasnya.
Program Pengkomersialan Harta Intelek Cohort 2, yang dilaksanakan di Amansari Hotel Nusajaya, Iskandar Puteri akan berlangsung bermula Jun hingga Disember 2023,
Dengan pengisian merangkumi bengkel Awareness on IP Commercialization, proses penilaian dan diagnosis, serta proses pemindahan dan pengkomersilan teknologi.
Muhammad Aiman Hakeem
Tue Jun 20 2023
Dengan adanya program pengkomersialan seumpamanya, permohonan paten tempatan akan meningkat dan lebih banyak teknologi dan inovasi dapat dikomersialkan. - Foto Astro AWANI
Piala Dunia Sepak Takraw: Malaysia mudah tewaskan India, mara ke separuh akhir
Malaysia menepati ramalan mara ke peringkat separuh akhir acara berpasukan selepas mengetepikan cabaran India pada aksi suku akhir kejohanan Piala Dunia Sepak Takraw 2024.
Imigresen tumpas aktiviti pelacuran, tahan 51 warga asing
Jabatan Imigresen menahan 51 warga asing di sebuah pusat pelacuran dalam operasi khas di Jalan Pasar Baru, Kuala Lumpur pada Khamis.
Orang muda Malaysia perlu lantang bersuara bagi Palestin
Justeru, mengambil contoh langkah dilakukan mahasiswa di Amerika Syarikat, Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin Dr Abdullah Waleed menyeru orang muda di Malaysia melakukan langkah yang sama, menyeru dunia memandang isu pembunuhan beramai-ramai di Gaza, sebagai sebuah krisis kemanusiaan.
Gudang bantuan di Gaza kini kosong
Ahli Majlis Hubungan Antarabangsa Palestin, Dr Abdullah Waleed berkata susulan halangan bantuan memasuki radah, tiada bantuan boleh memasuki bumi Gaza.
Korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 orang
Angka korban rakyat Palestin meningkat kepada 35,857 dan 80,293 yang lain cedera menurut Kementerian Kesihatan Palestin.
AWANI Ringkas: Faisal Halim dibenar pulang hari ini atau esok
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kerajaan bentang RUU Suruhanjaya Gig Julai ini - Anwar
Kerajaan akan membentangkan rang undang-undang berkaitan Suruhanjaya Gig di Parlimen pada Julai ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
3 bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang mula beroperasi Jun - Dr Dzulkefly
Sebanyak tiga daripada empat bilik pembedahan di Pusat Jantung Serdang (PJS), Selangor akan mula beroperasi untuk kegunaan pembedahan elektif dan kecemasan pada bulan hadapan (Jun).
Agong berkenan rasmi Hari Landskap Negara 2024
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan berangkat menyempurnakan perasmian Sambutan Hari Landskap Negara (HLN) 2024 di Taman Tasik Shah Alam di sini.
Ahmad Zahid tiba di Shanghai, teruskan lawatan rasmi di China
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tiba di sini hari ini, bagi meneruskan lawatan rasminya ke China yang bermula 22 Mei hingga 1 Jun.
Program Pengkomersialan Harta Intelek Cohort 2 bantu Johor perkasa aktiviti tekno-keusahawanan
Kerajaan Johor terus komited dalam memperkasakan aktiviti tekno-keusahawanan di negeri ini, menerusi pelaksanaan Program Pengkomersialan Harta Intelek Cohort 2, tahun 2023.