awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Remaja Berwawasan beri impak positif -- Jeneral Tan Sri Zulkifeli

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
25/09/2013
09:18 MYT
Program Remaja Berwawasan beri impak positif -- Jeneral Tan Sri Zulkifeli
Program Remaja Berwawasan merupakan platform baru Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis di Raja Malaysia (PDRM) bersama Kementerian Pendidikan.
Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata, pihaknya bersama PDRM melihat program itu memberi kesan positif berdasarkan maklum balas pelajar yang menyertainya.
"Ia akan diperluas selepas melihatnya sebagai inisiatif kerajaan menangani isu masalah disiplin dalam kalangan murid sekolah.
"Peringkat pertama sudah kita laksanakan yang melibatkan 42 sekolah dan hampir 120 penuntut. Kita akan menambah 28 sekolah lagi menjelang akhir bulan ini di Pulau Pinang, Kedah dan Perak,'' katanya.
Beliau berkata semikian semasa sidang media selepas mesyuarat peringkat tertinggi NBOS, ATM dan PDRM di Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF).
Turut hadir, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Mesyuarat itu turut menggariskan inisiatif ATM dan PDRM dalam usaha kolaborasi pelaksanaan aktiviti bersama masyarakat.
Dalam pada itu, Khalid memberi amaran kepada orang ramai termasuk ahli politik agar tidak menghidupkan kembali fahaman komunisme di negara ini.
Katanya, cubaan itu bukan sahaja melalui sebarang kenyataan, perbuatan yang mempunyai unsur berkaitan atau apa cara sekalipun.
"Chin Peng bukan warganegara Malaysia, dia pengkhianat negara... mayatnya atau abunya tidak boleh dibawa... dia bukan warganegara, mana boleh kita tanam di sini.
"Jika semua mayat yang bukan warganegara hendak ditanam di negara kita, dimana kita nak tempatkan semua itu?'' ujarnya.
Khalid turut menegaskan, pihaknya tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas sekiranya ada pihak yang ingkar dengan arahan tersebut.
Topic Berkaitan
#ATM
#Kementerian Pendidikan
#Mindef
#NBOS
#PDRM
#Program Remaja Berwawasan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan