awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia teruskan peningkatan dipacu belian saham murah
200 veteran ATM dijangka sertai AKPS bermula suku pertama tahun ini
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Repatriasi Migran akan dilaksanakan bermula 1 Mac - Saifuddin

Bernama
Bernama
31/01/2024
15:34 MYT
Program Repatriasi Migran akan dilaksanakan bermula 1 Mac - Saifuddin
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bercakap pada sidang media di Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini. - Foto BERNAMA
PUTRAJAYA: Kerajaan akan melaksanakan Program Repatriasi Migran bermula 1 Mac ini bagi memudahkan penghantaran pulang warga asing yang tinggal di negara ini secara tidak sah dengan membayar kompaun, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution.
Bercakap pada sidang media khas, beliau berkata menerusi keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri, hari ini, Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mahu pulang ke negara asal mereka tidak akan dikenakan tindakan pendakwaan.
Sebaliknya, mereka akan dibenarkan pulang setelah membayar kompaun dan akan dikecualikan daripada proses pendakwaan.
"Program ini bersifat pengampunan pulang yang kita akan hebahkan supaya diguna pakai mereka yang terlibat untuk memudahkan penghantaran pulang," katanya menambah kompaun di antara RM300 hingga RM500 dikenakan bagi setiap kesalahan imigresen yang dilakukan.
Katanya, kesalahan yang akan dikenakan kompaun adalah memasuki Malaysia tanpa pas (RM500), tinggal di Malaysia melebihi tempoh pas (RM500) dan melanggar syarat pas (RM300)
Sebelum ini, kerajaan telah melaksanakan Program Rekalibrasi Tenaga Kerja yang tamat pada 31 Disember bagi memberi peluang kepada majikan untuk memohon pekerja asing tanpa izin bagi mengisi keperluan tenaga kerja.
Mengenai pembekuan kuota permohonan dan kelulusan pengambilan pekerja asing, Saifuddin berkata keputusan tersebut masih dikekalkan sehingga tarikh yang akan dimaklumkan kelak.
Beliau berkata tiada keperluan untuk membatalkan pembekuan tersebut memandangkan tenaga asing yang diperlukan untuk sektor-sektor kritikal berkenaan sudah mencukupi.
Katanya, ini termasuk tenaga kerja asing yang diperolehi daripada program Rekalibrasi Tenaga Kerja itu bagi mengisi kekosongan pekerja dalam sektor kritikal iaitu perladangan, perkilangan, pembinaan, pertanian dan perkhidmatan (restoran)
"Susulan itu, Jemaah Menteri pada mesyuarat hari ini juga bersetuju untuk menubuhkan Pusat Kelulusan Setempat (One Stop Centre - OSC) pengurusan pekerja asing diwujudkan semula dan ditempatkan di Kementerian Dalam Negeri (KDN)," katanya.
BERNAMA
Topic Berkaitan
#KDN
#repatriasi migran
#warga asing
#Saifuddin Nasution
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan