awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan pengambilan untung
Dewan Rakyat lulus usul Titah Diraja
Isu saham Azam Baki: Kabinet akan putuskan tindakan susulan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Sarapan Pagi hanya untuk murid kurang berkemampuan - Tun Mahathir

Fareez Azman
Fareez Azman
16/01/2020
04:15 MYT
Program Sarapan Pagi hanya untuk murid kurang berkemampuan  - Tun Mahathir
Menurut Perdana Menteri yang juga Pemangku Menteri Pendidikan, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, program terbabit hanya khusus untuk murid yang kurang berkemampuan. - Foto Astro AWANI/Fareez Azman
Kementerian Pendidikan akan meneruskan Program Sarapan Pagi (PSP) 2020 seperti yang dijadualkan bermula 20 Januari ini.
Bagaimanapun menurut Perdana Menteri yang juga Pemangku Menteri Pendidikan, Tun Dr Mahathir Mohamad, program terbabit hanya khusus untuk murid yang kurang berkemampuan.
“Kita akan teruskan Program Sarapan Pagi (PSP) 2020, yang ada sekarang tertumpu kepada murid yang tidak mampu.
“Tetapi, kalau bagi sarapan pagi kepada semua pelajar, bermakna mereka (murid) yang ada duit, kaya, makan di rumah pun ada akan dapat juga.
“Jadi itu tidak adil, kita akan teruskan dan tambah bilangan mereka yang memerlukan untuk menerima bantuan ini,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Kompleks Balai Islam Tenaga Nasional Berhad (TNB) di ibu negara pada Khamis.
Sebelum ini PSP 2020 dikatakan akan memberi manfaat itu kepada 2.7 juta murid sekolah rendah kerajaan dan bantuan kerajaan.
Bagi fasa pertama, PSP 2020 memberi manfaat kepada 37,000 orang murid dari 100 buah sekolah rendah seluruh negara dengan anggaran kos RM22 juta.
Topic Berkaitan
#2020
#Kementerian Pendidikan
#Mahathir Mohamad
#Perdana Menteri
#Program Sarapan Pagi
#PSP
#rumah
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan