KOTA KINABALU: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) komited untuk membangunkan inisiatif pencarian bekalan air bersih menggunakan teknologi inovatif demi manfaat rakyat khususnya di kawasan luar bandar antaranya di Pitas, kata Menterinya Datuk Seri Dr Adham Baba.
Beliau berkata usaha itu bertujuan memperkasa penggunaan teknologi supaya permasalahan dalam komuniti dapat diselesaikan secara lestari ke arah meningkatkan kualiti dan kesejahteraan hidup rakyat di luar bandar secara inklusif seiring semangat Keluarga Malaysia.
Mengambil contoh projek pencarian inovasi berasaskan bekalan air bersih di Kampung Sapatalang, Pitas, Dr Adham berkata Yayasan Inovasi Malaysia (YIM) bekerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) dalam merealisasikan usaha itu demi manfaat penduduk kampung.
"YIM dan UMS mengenal pasti masalah bekalan air bersih dihadapi penduduk kampung disebabkan punca mata air sering tersumbat. Projek ini melibatkan inovasi teknologi kejuruteraan dan sosial bagi membolehkan kemudahan ini dibekalkan kepada masyarakat kampung," katanya dalam kenyataan hari ini.
Pelaksanaan projek inovasi yang dijalankan selama lima bulan itu dilihat dapat membantu masyarakat setempat memperoleh sumber air bersih dan secara tidak langsung meningkatkan produktiviti serta kualiti hidup.
Dalam usaha memastikan bekalan air bersih berterusan, projek itu turut melibatkan penambahbaikan kepada sistem penapisan air bersih, selain membangun dan menaik taraf sistem bekalan air dari sumber mata air iaitu air bawah tanah serta tangki simpanan di kawasan tadahan.
Sementara itu, Taufiq dalam kenyataan berasingan berkata, projek itu akan memberi manfaat kepada 100 penduduk kampung terbabit, yang selama ini tidak mempunyai infrastruktur bekalan air bersih dan hanya bergantung kepada air hujan, sungai atau anak sungai sebagai sumber air.
Beliau berkata penyelidik UMS Prof Madya Dr Jidon Adrian akan mengetuai pasukan projek itu bagi membantu penduduk sekitar mendapatkan bekalan air bersih menggunakan inovasi sumber air daripada mata air di kawasan kampung tersebut.
"Kemudahan telah disediakan di kawasan tadahan mata air iaitu penapis dan tangki simpanan air. Projek Inovasi Air Bersih ini turut ditempatkan di dewan masyarakat yang juga dewan serba guna untuk kegunaan penduduk setempat," katanya.
Ketua Pegawai Eksekutif YIM Sharmila Mohamed Salleh berkata YIM melantik UMS sebagai rakan kolaborasi strategik bagi melaksanakan porjek berkenaan bermula 1 Februari hingga 31 Julai lepas dengan peruntukan RM60,000.
Sabah adalah negeri paling banyak mendapat bantuan dana untuk projek inovasi daripada YIM iaitu sebanyak 32 projek bernilai RM5 juta hingga 2020.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 22 2021
Usaha itu bertujuan memperkasa penggunaan teknologi supaya permasalahan dalam komuniti dapat diselesaikan secara lestari. - Gambar hiasan
Penstrukturan Akaun KWSP: Seimbangkan disiplin, fleksibiliti dalam pengurusan kewangan
Semua caruman selepas tarikh berkenaan akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan iaitu sebanyak 75 peratus ke dalam Akaun Persaraan, 15 peratus Akaun Sejahtera dan 10 peratus Akaun Fleksibel. Bagaiman akaun yang distruktur kepada tiga akaun mampu membawa pengurusan kewangan yang lebih cekap?
Kerentanan Android TV menyebabkan akaun Gmail boleh dirampas
Sebuah kerentanan yang agak serius wujud membolehkan sesiapa sahaja mengakses akaun Gmail yang di log masuk ke TV.
Ipoh White Coffee disenarai ke-10 kopi terbaik dunia
Ipoh White Coffee menduduki tempat ke-10 dalam senarai 39 kopi terbaik di dunia yang diterbitkan laman web TasteAtlas pada 15 Mac lalu.
Tesla tawar potongan harga sehingga RM8,000
Tesla Model Y yang dijual bermula 20 Julai 2023 pada harga asal RM199,000 kini dijual pada harga RM191,000.
Lelaki parah kereta terbabas langgar pokok
Mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan muka.
Prestasi mingguan FBM KLCI dan unjuran minggu depan
#NiagaAWANI bersama Ketua Strategi MIDF Research, Syed Muhammad Kifni Syed Kamaruddin bagi membincangkan mengenai prestasi mingguan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI).
Kad Laporan MITI: Mudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & pacu industri
Pengarah Institut Kajian Malaysia & Antarabangsa, UKM, Prof Dr Sufian Jusoh mengulas berkenaan kad laporan MITI yang memberi fokus kepada memudah cara pelaburan, fasilitasi perdagangan & memacu industri.
Harta intelek: Ada kesedaran tapi masih ada yang suka curi dan ciplak
Senario menciplak yang masih berleluasa berpunca daripada sikap masyarakat yang menyokong barangan ciplak.
AWANI Pagi: Tembusi Gerbang TVET Premier Negara dengan GMI
Diskusi bersama Ahmad Solihin Mohamed Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) German-Malaysian Institute (GMI) dan dua alumni GMI, Muhammad Ashraff Mohamed Haniffah dan Raja Nur Athirah Raja Sharul Zaman, mengenai potensi pembelajaran dan kerjaya dalam TVET ditawarkan di GMI.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Bangun aplikasi penstriman digital TV di Ipoh seperti Netflix - Datuk Bandar
Idea itu kelak akan direalisasikan menerusi kerjasama MBI dan syarikat di bawah naungan Afdlin Shauki.
Zambry beri jaminan isu air UMS ditangani segera
Zambry berkata, terdapat beberapa isu yang menyebabkan krisis air di sekitar kawasan UMS masih belum dapat diselesaikan.
PBAPP akan lepas air dari EMD jika Sungai Muda terus menyusut
PBAPP boleh melepaskan maksimum 600 juta liter air mentah sehari (JLH) dari EMD yang berfungsi sebagai sumber sokongan kemarau apabila Sungai Muda terus menyusut berikutan cuaca kering.
Empangan bawah tanah: Kedah akan hantar pasukan teknikal ke Jepun
Cadangan membina empangan bernilai lebih RM300 juta itu telah diluluskan di peringkat Lembaga Sumber Air Negeri Kedah.
Tiada sebarang kesan mendapan tanah akibat pembinaan telaga tiub di Kelantan - Exco
Penemuan itu berdasarkan beberapa kajian berkaitan kuantiti air yang dilakukan Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) sebelum ini.
Kapasiti efektif 30.3 peratus tidak bermakna bekalan hanya untuk 30 hari - PBAPP
Pathmanathan berkata anggaran tersebut mengelirukan kerana apabila terdapat hujan di kawasan tadahan air, maka bilangan hari akan berubah.
Empangan Sembrong bakal dinaik taraf, atasi gangguan bekalan air
Kerajaan Negeri Johor bercadang menaik taraf fungsi Empangan Sembrong di Kluang bagi menampung keperluan sumber bekalan air kepada pengguna di daerah itu dan kawasan berhampiran pada masa depan.
Penyakit bawaan air merebak di Gaza susulan cuaca panas dan air tercemar - PBB
Air tercemar dan kerosakan sistem sanitasi dikaitkan dengan penyakit seperti kolera, cirit-birit, disenteri dan hepatitis A.
Sambutan Aidilfitri suram, 300 keluarga mukim Telipot berdepan masalah bekalan air
Penduduk tidak dapat menyediakan juadah raya seperti sebelum ini kerana bekalan air yang disimpan hanya mencukupi untuk mandi dan keperluan penting.
KOA Selai tidak dipinggirkan, telah terima bekalan air pelbagai sumber - Jakoa
Jakoa Johor ingin memperbetulkan salah tanggapan berhubung dakwaan bahawa Kampung Orang Asli Selai, Bekok, Segamat dipinggirkan.
Kurangkan penggunaan air 10 peratus sehingga Jun ini - PBAPP
Pengguna juga dinasihatkan supaya berhemat menggunakan air sehingga hujan tiba, bagi menambah simpanan air mentah di empangan.