awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
HPUSM tawar pembelajaran teknologi robotik bagi pembedahan lutut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek jalan Nanga Menuan ke Nanga Setepus siap 100 peratus

Astro Awani
Astro Awani
24/02/2024
09:55 MYT
Projek jalan Nanga Menuan ke Nanga Setepus siap 100 peratus
Nanta berkata usaha memastikan akses jalan raya negeri itu khasnya di luar bandar terus menjadi keutamaan kerana menjadi kunci kepada limpahan sosio ekonomi masyarakat setempat - Foto/FB Alexander Nanta Linggi
KAPIT: Projek pembinaan jalan Nanga Menuan ke Nanga Setepus, Kapit Fasa 1 kini siap 100 peratus termasuk dua jambatan yang menghubungkan Nanga Menuan kawasan rumah panjang.
Menurut Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi, projek sepanjang 9.35 kilometer (km) yang menelan belanja lebih RM50 juta menggunakan dana Kerajaan Sarawak itu bakal memanfaatkan penduduk daripada 10 buah rumah panjang dan pelajar-pelajar di sebuah sekolah dengan tujuh jalan masuk yang baru disediakan.
“Projek ini turut melibatkan pembinaan dua buah jambatan yang menghubungkan Nanga Menuan ke Rh Jengging.
“Peruntukan bagi pembinaan jalan ini disalurkan oleh Kerajaan Negeri dan inilah antara manifestasi keprihatinan Kerajaan Negeri di bawah pentadbiran Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg,” katanya menerusi hantaran di akaun sosial medianya pada Sabtu.
Ahli Parlimen Kapit itu menambah, usaha memastikan akses jalan raya negeri itu khasnya di luar bandar terus menjadi keutamaan kerana menjadi kunci kepada limpahan sosio ekonomi masyarakat setempat.
Dalam pada itu, beliau berharap Kerajaan Negeri dapat mempertimbang dan meluluskan peruntukan untuk Fasa 2 projek itu melibatkan 6km panjang jalan, yang akan melengkapkan lagi sambungan jalan terus ke Nanga Setepus.
“Saya difahamkan, pelan jalan bagi Fasa 2 telahpun disempurnakan manakala urusan pengambilan tanah dan bayaran pampasan juga telah selesai.
“Pembinaan Fasa 2 ini kelak dapat memanfaatkan tambahan enam buah rumah panjang dan sebuah lagi sekolah,” katanya.
Nanta turut menyampaikan sumbangan RM20,000 kepada Rh Igau Bukong Baruh Sungai Menuan yang merupakan salah satu rumah panjang yang mendapat manfaat daripada pembinaan jalan baru ini bagi memastikan kemudahan di kawasan berkenaan terus dipertingkat.
Topic Berkaitan
#Alexander Nanta Linggi
#pembinaan jalan
#nanga menuan
#projek pembangunan
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan