awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek Jambatan Batang Rajang, Jalan Pasi-Sibu/Tanjung Manis dijangka siap Mac 2025

Bernama
Bernama
08/11/2024
13:30 MYT
Projek Jambatan Batang Rajang, Jalan Pasi-Sibu/Tanjung Manis dijangka siap Mac 2025
Uggah berkata jalan itu ialah sebahagian daripada projek jalan pesisir sepanjang 900 km dan jalan utama kedua sejauh 300 km yang sedang dibina oleh kerajaan negeri GPS. - Gambar fail/Bernama
SARIKEI: Projek Jambatan Batang Rajang, dan Jalan Pasi-Sibu/Tanjung Manis sepanjang 17 kilometer (km) dijangka siap menjelang Mac 2025.
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata projek bernilai RM320 juta yang merupakan sebahagian daripada projek jalan pesisir negeri, akan mengurangkan jarak dan masa perjalanan dengan ketara.
Sebelum ini penduduk dari Sarikei perlu melalui Sibu untuk ke Tanjung Manis yang memakan masa perjalanan selama dua jam 30 minit.
"Apabila siap kelak, tempoh perjalanan akan dikurangkan kepada hanya kira-kira 55 minit," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis peletakan bongkah terakhir Jambatan Batang Rajang sepanjang 1.2 km di sini hari ini.
Uggah berkata jalan itu ialah sebahagian daripada projek jalan pesisir sepanjang 900 km dan jalan utama kedua sejauh 300 km yang sedang dibina oleh kerajaan negeri Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Beliau berkata sepanjang laluan ini, kerajaan sedang membina 14 jambatan serta satu jejambat dan kemungkinan struktur lain bernilai RM11 bilion yang dibiayai dana negeri.
Uggah berkata semua projek yang dijalankan oleh kerajaan negeri mengikut jadual dengan langkah ketat diambil, seperti menamatkan kontrak kontraktor sekiranya projek mengalami kelewatan.
Mengambil contoh projek Jambatan Limbang, beliau berkata kerajaan menukar kontrak kepada subkontraktor apabila kontraktor utama gagal menyiapkan projek sekali gus dapat menjimatkan masa untuk menyiapkan projek itu.
Uggah berkata kerajaan negeri juga berusaha menyelesaikan projek Jambatan Batang Lupar, jambatan sungai terpanjang di Malaysia sejauh 4.8 km, pada Disember 2025.
"Saya gembira melihat jalan-jalan di seluruh Sarawak membuka peluang baharu, kawasan baharu dan harapan baharu kepada penduduk ... ia benar-benar bakal mengubah komuniti pesisir di Sarawak," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#langkah ketat
#peluang baharu
#komuniti pesisir
#tempoh perjalanan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan