KUALA LUMPUR: Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berhubung projek perolehan kapal tempur pesisir (LCS), malah menyokong pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan salah laku dalam projek berkenaan.
Dalam satu kenyataan pada Jumaat, syarikat itu mengalu-alukan laporan yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) baru-baru ini.
“Kami menghargai penemuan serta syor-syor yang dikemukakan PAC dalam laporan tersebut dan kami menyokong sepenuhnya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana parti yang terlibat dengan salah laku dalam projek ini.
“BNS juga memberi kerjasama penuh kepada Jawatankuasa Khas Siasatan Tadbir Urus yang dipengerusikan bersama oleh Ketua Setiausaha Perbendaharaan dan Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan bagi memastikan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menerima LCS, iaitu aset yang amat diperlukan,” menurut kenyataan itu.
Tambah BNS, sepanjang tempoh mobilisasi selama enam bulan, syarikat itu juga sedang mengadakan rundingan dan libat urus bersama Pengeluar Peralatan Asli (OEM) serta vendor-vendor berkaitan bagi memuktamadkan perancangan projek seperti yang ditetapkan TLDM.
Terdahulu, laporan PAC mendedahkan syarikat BNS tidak menggunakan sepenuhnya bayaran yang diterima daripada kerajaan untuk projek tersebut.
Pengerusinya, Wong Kah Woh, berkata kontrak projek LCS diberikan secara rundingan terus kepada BNS dan kerajaan telah membayar sejumlah RM6.083 bilion untuk projek berkenaan.
Bagaimanapun, sehingga kini tiada satu kapal LCS yang disiapkan berbanding lima buah kapal yang perlu diserahkan setakat Ogos ini.
Astro Awani
Fri Aug 05 2022

BNS menyokong pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan salah laku dalam projek LCS.

Kekurangan Petrol | Syarikat minta orang awam kurangkan pembelian petrol
Syarikat petrol Hungary dan pembekal utama stesen minyak negara itu merayu kepada orang awam agar mengurangkan pembelian petrol mereka. Ini susulan kebimbangan kekurangan bekalan petrol selepas pengendalian saluran paip Rusia, Transeft berkata akan menghentikan penghantaran melalui cawangan selatan saluran paip minyak Druzhba yang melalui Ukraine ke Republik Czech, Slovakia dan Hungary.

Bot Karam | Pencarian dua lagi mangsa bot karam diperluas
Operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa bot karam di perairan Pulau Redang sejak Isnin lalu terus dipertingkatkan dengan skala yang lebih besar. Untuk perkembangan terkini bersama wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali.

RUU Antigangguan Seksual lindungi wanita dan juga lelaki - Zurainah
Senator Datuk Seri Zurainah Musa berkata, RUU AGS bukan sahaja untuk melindungi wanita sahaja tetapi juga lelaki selain menjelaskan wanita mahu layanan saksama dalam isu berkenaan.

Malaysia-Jepun | PM gesa teroka kerjasama bidang baharu ESG
Kerajaan menggesa agar bidang-bidang kerjasama baharu berkaitan inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dapat diterokai oleh Malaysia dan Jepun melalui projek dan program yang dilaksanakan di bawah Dasar Pandang ke Timur (DPT). Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuk mempelbagaikan kerjasama dalam bidang krisis bencana, masyarakat menua, ekonomi digital, sains, teknologi dan inovasi serta pertumbuhan hijau.

Pesawat ringan terhempas ketika mendarat cemas di lebuh raya
Ketika pesawat itu mahu mendarat, lebuh raya berkenaan dipenuhi dengan banyak kenderaan.

Legenda pecut Asia Tenggara Lydia de Vega meninggal dunia
Jaguh pecut Filipina itu, yang lebih dikenali sebagai Diay, menghembuskan nafas terakhir pada Rabu pada usia 57 tahun.

COVID-19: Jepun catat 250,403 kes baharu, tertinggi dalam 24 jam
Jepun mencatatkan 250,403 kes COVID-19 baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu, jumlah peningkatan harian terbesar sejak wabak itu mula dikesan, lapor media.

Malaysia-Jepun | Teroka kerjasama tangani isu rantaian bekalan
Datuk Seri Ismail Sabri menyarankan Malaysia dan Jepun untuk meneroka kerjasama bagi menangani isu berkaitan rantaian bekalan melalui platform Dasar Pandang ke Timur (DPT). Perdana Menteri berkata, cabaran global diharap menjadi pencetus kepada pembentukan kerjasama DPT bagi kepentingan bersama kedua-dua negara.

Ekonomi Singapura tumbuh lebih perlahan suku kedua
Ekonomi Singapura tumbuh lebih perlahan pada suku kedua 2022 pada 4.4 peratus berbanding unjuran 4.8 peratus, namun lebih tinggi berbanding suku pertama pada 3.8 peratus.

Ekonomi Singapura | Tumbuh lebih perlahan pada suku kedua 2022
Ekonomi Singapura tumbuh lebih perlahan pada suku kedua 2022 pada 4.4 peratus berbanding unjuran 4.8 peratus, namun lebih tinggi berbanding suku pertama pada 3.8 peratus. Pertumbuhan ini disokong terutama oleh sektor pembuatan, perkhidmatan lain dan sektor komunikasi dan maklumat.

Projek LCS: Kenyataan Ahmad Nazim mengejutkan - Chin Tong
Liew Chin Tong menyifatkan kenyataan Datuk Ahmad Nazim Abd Rahman berhubung pengurusan dana adalah mengejutkan.

Isu LCS: 'Hishammuddin perlu jelaskan kemampuan kewangan Boustead Naval Shipyard' - Chin Tong
Chin Tong mendakwa, BNS pernah cuba meminta komitmen Kerajaan bernilai RM53 bilion untuk kerja MRO bagi tempoh 30 tahun akan datang.

Jangan hitamkan maklumat dalam laporan audit LCS - PAC
PAC menyambut baik keputusan mempersetujui dua syor berhubung projek LCS, namun menyarankan supaya laporan pengauditan forensik LCS dinyahklasifikasikan sepenuhnya.

Isu LCS: Mindef sambut baik keputusan Kabinet, jamin tiada apa hendak disembunyikan - Hishammuddin
Hishammuddin berkata, beliau dan Mindef akan lakukan apa sahaja bagi memastikan isu tersebut dapat diselesaikan.

Jemaah Menteri mahu laporan audit forensik LCS dinyahklasifikasi - PM
Jemaah Menteri hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya menyegerakan siasatan berhubung isu Kapal Tempur Pesisir (LCS).

Kerajaan perlu dedah tindakan tangani skandal LCS kepada umum
Kerajaan perlu mendedahkan kepada umum berhubung Laporan Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mengenai skandal pembelian kapal tempur pesisir (LCS).

CEO LTAT sahkan pembinaan Kapal LCS sedang berjalan
Ahmad Nazim berkata, sebahagian besar hull (badan) kapal tersebut dibina di Lumut Shipyard, Pengkalan TLDM.

Najib nafi terlibat, berpakat 'songlap' dana LCS
Beliau berkata demikian sebagai membalas kenyataan Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yang mengaitkan dirinya dalam isu berkenaan.

Isu LCS: 'Jangan beri alasan siasatan belum beres' - Anwar
Anwar berkata, ia berikutan projek tersebut merupakan satu masalah besar dalam negara dan tidak boleh ditutup dengan mudah.

Skandal LCS: Bagaimana rakyat mahu percaya BN dalam PRU15? - Muhyiddin
Skandal yang melibatkan kerugian sebanyak RM9 bilion itu merencatkan keupayaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), jelas Muhyiddin.