awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek LCS: Laporan PAC hasil persetujuan bersama

Sinar Harian
Sinar Harian
07/08/2022
20:47 MYT
Projek LCS: Laporan PAC hasil persetujuan bersama
WONG: 14 Ahli Parlimen dari parti berlainan, kami satu hati untuk pastikan wang rakyat adalah terjaga. Segala keputusan adalah secara konsensus. - Gambar fail
SHAH ALAM : Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) menegaskan bahawa laporan yang dikeluarkan berkaitan projek pembinaan enam kapal tempur pesisir (LCS) tidak mewakili mana-mana parti.
Pengerusinya, Wong Kah Woh berkata, ia berdasarkan hasil persetujuan bersama daripada 14 orang ahli daripada parti berlainan.
Ujar beliau, antaranya tiga ahli Parlimen bagi UMNO dan Bersatu; dua ahli dari DAP serta Pas dan setiap satu wakil daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR); Gabungan Parti Sarawak (GPS); Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Warisan (Warisan).
“14 Ahli Parlimen dari parti berlainan, kami satu hati. Satu hati untuk pastikan wang rakyat adalah terjaga.
“Segala keputusan adalah secara konsensus,” katanya dalam siaran di Facebooknya pada Ahad.
Pada Sabtu, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertikaikan laporan PAC tersebut menerusi perkongsian siaran di Facebook rasminya.
BACA: Projek LCS: Rafizi dakwa mirip 1MDB, bakal dedah lebih banyak penyelewengan
BACA: Projek LCS: 'Yang salah semua orang lain, Najib tak pernah silap' - Fahmi
Dalam pada itu, menurut Kah Woh, laporan PAC dibuat berdasarkan pendapat, rumusan serta syor persetujuan secara konsensus PAC selepas hampir dua tahun siasatan isu berkenaan.
Ulasnya, Najib perlu mengambil iktibar daripada respons Kementerian Pertahanan (Mindef), Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) dan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terhadap Laporan PAC ini.
“Janganlah PM6 (Najib), profesional sedikit, anda PM6. Jangan baca Google saja, baca laporan penuh.
“PAC cuma laksanakan tanggungjawab PAC kepada Parlimen, rakyat dan negara,” menurutnya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#LCS
#penyelewengan kapal LCS
#PAC
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan