NATIONAL
Projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua mula tahun depan - Chow

Chow (enam, kiri) bersama Azman (lima, kiri) ketika pembentangan cadangan konsep projek penyuraian trafik Juru-Sungai Dua kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini. -Facebook
GEORGE TOWN: Projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa pembentangan Bajet 2025 akan bermula tahun depan dan dijangka siap pada 2029.
Ringkasan AI
- Projek ini akan bermula tahun depan dan dijangka siap pada 2029, dengan kos sebanyak RM3 bilion.
- Projek ini adalah salah satu inisiatif utama untuk Pulau Pinang yang diumumkan dalam Bajet 2025, termasuk LRT Pulau Pinang, pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), dan Taman Perindustrian Batu Kawan 3.
- Projek ini dijangka dilaksanakan melalui perkongsian awam-swasta (PPP) dan sedang diteliti oleh beberapa agensi berkaitan.
"Kami ingin merakamkan penghargaan kepada Perdana Menteri dan Kerajaan Persekutuan kerana meluluskan projek bernilai RM3 bilion ini kepada Pulau Pinang," kata Chow dalam catatan Facebooknya hari ini.
Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua antara beberapa inisiatif utama untuk Pulau Pinang yang diumumkan oleh Anwar dalam Bajet 2025 pada 18 Okt lepas selain Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang, pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dan Taman Perindustrian Batu Kawan 3.
Chow sebelum ini dilaporkan berkata projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua yang dijangka dilaksanakan melalui perkongsian awam-swasta (PPP) dan PLUS Malaysia Berhad serta Unit Perkongsian Awam-Swasta (UKAS) bersama beberapa agensi berkaitan kini sedang diteliti.
Chow sebelum ini meminta Kerajaan Persekutuan melaksanakan projek Lebuh Raya Bertingkat Juru-Sungai Dua kerana keadaan trafik semakin mendesak yang dibangkitkannya semasa taklimat mengenai pembangunan Pulau Pinang April lepas.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami