awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah di Pulau Pinang RM10, RM15 dan RM25
Perselisihan faham dengan kelab, Ronaldo tidak beraksi untuk Al Nassr
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek lombong lantanid di Hulu Perak boleh mula operasi bulan ini - MB

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
13/09/2022
09:34 MYT
Projek lombong lantanid di Hulu Perak boleh mula operasi bulan ini - MB
Saarani berkata, dua kelulusan terakhir itu ialah Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) dan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP). - Gambar fail
IPOH: Dua kelulusan terakhir untuk projek perlombongan nadir bumi lantanid, di Hulu Perak, telah diperolehi baru-baru ini, dan projek itu dijangka bermula bulan ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, dua kelulusan itu ialah Pelan Pengurusan Alam Sekitar (EMP) dan Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak (ESCP).
"Sebelum ini tunggu dua kelulusan iaitu EMP dan ESCP sebelum mulakan aktiviti melombong, dan sudah pun dapat kelulusan dan dipatuhi.
"Tapi kita masih akan bawa ke (mesyuarat) Exco. Dalam masa terdekat paper Exco akan kita luluskan untuk membolehkan syarikat berkenaan memulakan operasi," katanya.
Beliau ditemui selepas Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri di Stadium Indera Mulia di Ipoh, pada Selasa.
Menurutnya, antara kandungan kertas Exco itu ialah mengenai kadar royalti dan ketetapan lain daripada kerajaan negeri.
Baru-baru Saarani mengumumkan projek melombong lantanid itu telah mendapat kebenaran merancang (KM) daripada Majlis Daerah Gerik.
Bagaimanapun, katanya, projek itu perlu mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat termasuk memperolehi kelulusan Pelan Pengurusan Alam Sekitar serta Pelan Kawalan Hakisan dan Kelodak.
Berdasarkan Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), kawasan tersebut mempunyai lantanid yang dianggarkan bernilai lebih RM90 bilion.
Topic Berkaitan
#lombong lantanid
#Hulu Perak
#Saarani Mohamad
#kebenaran beroperasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan