awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek naik taraf SMV Bintulu kepada kolej 42 peratus siap - Nanta Linggi

Bernama
Bernama
06/05/2024
04:49 MYT
Projek naik taraf SMV Bintulu kepada kolej 42 peratus siap - Nanta Linggi
Nanta berkata kemajuan projek itu kini pada tahap 42 peratus iaitu 69 hari lebih awal daripada jadual. - Foto Astro AWANI
BINTULU: Projek menaik taraf Sekolah Menengah Vokasional (SMV) Bintulu kepada Kolej Vokasional Bintulu bernilai RM21.5 juta dijadual siap menjelang Jun 2025.
Menteri Kerja Raya Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dalam satu kenyataan berkata kemajuan projek itu kini pada tahap 42 peratus iaitu 69 hari lebih awal daripada jadual.
Beliau berkata skop utama projek itu membabitkan pembinaan blok pembelajaran vokasional bagi kursus seni kulinari, fesyen, kosmetologi, elektrik dan elektronik, reka bentuk bantuan komputer (CAD), pendawaian, teknologi automotif, mesin industri, pembinaan dan kimpalan.
"Ia dijangka diserahkan kepada Kementerian Pendidikan (KPM) menjelang Jun 2025," katanya menambah kemajuan projek itu dibentangkan oleh Jabatan Kerja Raya Sarawak kepada beliau baru-baru ini.
Sementara itu, menurutnya pembinaan projek Kuarters Persekutuan Bintulu bernilai RM65.5 juta di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) kini 92 hari lebih awal daripada jadual dengan kemajuan 33.8 peratus.
Beliau berkata projek itu dijadualkan siap pada Julai 2025.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sekolah Menengah Vokasional Bintulu
#projek menaik taraf
#Alexander Nanta Linggi
#Jabatan Kerja Raya Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan