PEKAN: Projek pengawalan hakisan pantai di Kampung Tanjung Batu, Nenasi di sini yang melibatkan pemulihan pesisir pantai sepanjang 4.3 kilometer (km) dan mendalamkan muara Sungai Tering, dijadualkan siap pada Mac 2026.
Pengurus Besar Vista Infinity Development Sdn Bhd (Vista) Mohd Reezal Mahat berkata projek dilaksanakan pihaknya selaku kontraktor utama dengan kos RM58 juta bermula Mac lepas, berkemungkinan siap lebih awal dari dijadualkan selepas mengambil kira kemajuan projek setakat ini.
Kerja pengawalan hakisan pantai itu melibatkan penambakan semula kawasan pantai selebar 200 meter sepanjang 4.3 km bermula dari muara sungai Tering menghala ke selatan, manakala proses mendalamkan semula muara sungai berkenaan sedalam 1.5 meter, dengan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) selaku pemilik projek.
"Setakat 20 Dis, kemajuan kerja fizikal sebenar di tapak telah mencapai 25 peratus berbanding 23 peratus yang dirancangkan. Antara elemen penyumbang kemajuan utama ialah pembinaan tembok penahan alur tebing sungai sepanjang 300 meter yang telah mencapai lebih dari 30 peratus.
"Fungsi utama tembok adalah untuk membantu mengatasi masalah muara Sungai Tering yang sering cetek dan berbeting bagi menjamin laluan keluar masuk nelayan ke laut boleh digunakan setiap masa sepanjang tahun," katanya kepada Bernama semasa ditemui di tapak projek di Kampung Tanjung Batu di sini.
Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Pahang Datuk Mohammad Fakhruddin Mohd Ariff, Pegawai Daerah Pekan Datuk Zaliza Zulkipli dan Pengerusi Vista Group Mohd Ghani Hitam.
Mohd Reezal berkata projek turut melibatkan pemasangan lampu tanda arah suar yang didatangkan khusus dari Sepanyol untuk kemudahan panduan pelayaran keluar masuk melalui muara sungai Tering pada waktu malam.
Selain itu pihaknya juga akan menambah kapasiti armada kerja-kerja marin iaitu jentera pengerukan perairan yang dibawa khusus dari China untuk mempercepat kerja penambakan pasir.
"Sebanyak 140,000 metrik tan batu akan digunakan bagi pembinaan dua unit tembok pelindung alur muara yang melibatkan batu teras sebagai lapisan paling bawah dan batu perisai bagi lapisan luar menghadap laut, dengan berat setiap satunya antara satu ke lapan tan yang diperoleh dari empat kuari sekitar Kuantan dan Rompin.
"Kawasan pantai yang terhakis di sepanjang 4.3 kilometer akan ditambak menggunakan pasir pantai sekurang-kurangnya sebanyak 1.2 juta meter padu pada jarak kelebaran 200 meter dari garisan gigi pantai sedia ada.
"Ini membolehkan pantai yang dipulihkan menjadi lebar dan landai apabila siap kelak," katanya menambah semua batuan dan tambakan laut perlu mengikut piawaian mutu serta spesifikasi selain perlu melalui beberapa ujian kejuruteraan yang dikawal selia ketat pihak perunding dan wakil tapak.
Sementara itu, Mohd Ghani berkata projek itu apabila siap, dapat mengembalikan rasa selamat dan memudahkan penduduk berhampiran pantai kerana alur pelayaran serta muara sungai tidak lagi tersumbat akibat air pasang surut selain nelayan akan bebas menggunakan muara berkenaan sepanjang masa.
"Pantai yang lebar dan landai selebar 200 meter membolehkan kawasan ini dibangunkan sebagai lokasi pelancongan kerana kawasan ini dahulunya juga pernah mempunyai chalet yang terkenal sebelum hakisan pantai berlaku," katanya.
Beliau berkata pelaksanaan projek itu secara tidak langsung membuka peluang pekerjaan kepada penduduk setempat yang diambil bekerja dengan Vista, selain syarikat tempatan seperti sektor pengangkutan, kuari, kedai perkakasan dan kedai makan di kawasan sekitar memperoleh peluang perniagaan.
"Kita juga mewujudkan pasukan 'task force' yang bersiap sedia 24 jam bagi kerja kecemasan sepanjang musim tengkujuh, jika berlaku. Pasukan ini sebagai contoh telah membantu membina ban pasir penghadang sementara bagi mengelak ombak membadai terus rumah penduduk berdekatan pantai supaya tiada kejadian tidak diingini," katanya.
Sementara itu, Penghulu mukim Kampung Tanjung Batu Mudzafar Abu Samah berkata masalah hakisan itu difahamkan bermula sejak enam tahun lepas, namun semakin memburuk pada 2020 menyebabkan ada rumah penduduk yang jaraknya hanya tinggal sekitar 20 hingga 40 meter dari pantai.
Masalah hakisan selebar 250 meter itu juga menyebabkan pusat peranginan terkenal di situ, Kekunang Tering Chalet yang terletak kira-kira 100 meter dari pantai terpaksa menghentikan operasi akibat terhakis teruk sehingga 'ditelan' laut.
"Kejadian hakisan pantai juga mendatangkan kesukaran kepada hampir 30 nelayan untuk keluar dan masuk ke jeti kerana air semakin cetek dan berlaku perubahan pada muara yang menjadi laluan utama bot mereka untuk keluar menangkap ikan.
"Ada masanya nelayan boleh keluar pada waktu pagi, namun perlu menolak bot semasa pulang dan kita berharap masalah ini boleh diselesaikan kerana ia menjejaskan punca pendapatan mereka," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Dec 24 2023
Mohammad Fakhruddin (tengah) dan Zaliza (kiri) mendengar penerangan daripada Mohd Ghani (kanan) mengenai kemajuan Projek Pengawalan Hakisan Pantai Kg Tanjung Batu, Nenasi. --fotoBERNAMA
Guna MRE, TH perkemas sistem pengurusan makanan
TH memutuskan untuk memperkemaskan sistem pengurusan makanan untuk jemaah semasa Masyair dengan memilih mengedarkan sajian pek makanan sedia dimakan, MRE disebabkan beberapa kelebihan MRE itu sendiri di mana antaranya berupaya mengurangkan bebanan ditanggung penyedia makanan serta tukang masak.
China pertahan latihan ketenteraan di sekitar Taiwan
China sebelum ini mendakwa Taiwan adalah sebagai sebahagian daripada wilayahnya dan menggelar Lai sebagai 'pemisah berbahaya' yang akan membawa 'perang dan kemerosotan' ke pulau itu.
Rusia tahan seorang lagi Leftenan Jeneral
Agensi berita TASS yang dikendalikan kerajaan melaporkan Mahkamah tentera pada Rabu memerintahkan Shamarin, dipenjarakan selama dua bulan.
Beberapa penumpang cedera perlu jalani pembedahan tulang belakang
Pengarah Hospital Samitivej Srinakarin, Dr Adinun Kittiratanapaibool berkata masih terlalu awal untuk menyatakan sama ada pesakit akan lumpuh kekal.
Mahkamah Perlembagaan Thailand terima petisyen pecat Srettha
Barisan hakim mengundi dengan keputusan enam menyokong dan tiga menentang, untuk menerima petisyen berkenaan serta memberi tempoh 15 hari bagi Srettha respons kepada kes itu.
Ribuan berarak, beri penghormatan kepada Ebrahim Raisi
Penghormatan terakhir diberikan kepada Presiden Ebrahim Raisi dan rombongannya yang maut dalam nahas helikopter di barat laut Iran.
Suara Rakyat: Para nelayan harap tidak beri kesan kepada komuniti maritim
Rasionalisasi subsidi yang akan dilaksanakan kerajaan diharap tidak memberi kesan kepada para nelayan.
1 pekerja maut, 2 di ICU selepas terhidu gas beracun di loji rawatan air Singapura
Siasatan awal menunjukkan pekerja asing tersebut telah terhidu hidrogen sulfida, gas yang dihasilkan daripada enap cemar, iaitu sisa daripada proses rawatan air.
Pendidikan TVET, industri halal Malaysia-Hong Kong digiatkan
Hong Kong bersedia berkongsi kepakaran dalam pendidikan teknikal dan vokasional dengan Malaysia.
Tidak timbul isu lewat selesai skolah daif, pelaksanaan ikut giliran dan jadual
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek menegaskan tidak timbul isu lewat naik taraf sekolah daif kerana ia dilaksanakan mengikut giliran dan jadual ditetapkan kerajaan.
Projek pengawalan hakisan pantai di Pekan siap 2026
Mohd Reezal berkata, projek berkemungkinan siap lebih awal dari jadual selepas mengambil kira kemajuan projek setakat ini.
Tunggu masa rumah ditelan laut
Apabila masuk musim tengkujuh akan berlaku ombak besar sehingga menyebabkan banyak rumah berhampiran pantai dinaiki air.
94 lokasi bencana dikenal pasti di seluruh negara - Nanta
Lokasi bencana yang dikenal pasti itu membabitkan 52 jalan negeri dan 42 jalan Persekutuan di lapan negeri.
Masalah brek: Mercedes panggil balik hampir sejuta kenderaan
Syarikat itu berkata pemilik kenderaan akan dihubungi berikutan masalah yang disifatkan sebagai "hakisan teruk".
'Baiki laluan pintas yang runtuh segera' - Penduduk Dungun
Sebahagian jalan di Kampung Tok Kah-Lentang terpaksa ditutup kepada semua kenderaan berikutan tebing jalan terjejas teruk akibat hakisan.
Kenderaan tidak perlu masuk jika tiada keperluan, tahap hakisan agak teruk - JKR
Jabatan Kerja Raya (JKR) menasihatkan agar mana-mana pengguna kenderaan agar tidak memasuki daerah Hulu Langat seandainya tiada keperluan.
Air pasang besar: Penduduk resah ancaman hakisan
Mereka terpaksa berdepan ancaman hakisan yang membahayakan keselamatan keluarga dan memusnahkan harta benda.
Krisis bekalan air Terengganu: Berlaku hakisan sepanjang 80 meter di bawah paip
Dalam tempoh 10 tahun, 12 pengusaha pasir diberi kelulusan menjalankan aktiviti mengorek pasir pada jarak 5km daripada kawasan paip tersebut dipasang.
Lata Y keruh disebabkan hujan lebat - Pengarah JPNK
Keadaan air keruh di Lata Y adalah berpunca daripada keadaan iklim semasa iaitu hujan lebat yang kerap terjadi pada waktu petang.
Hakisan pantai semakin meruncing di Kemaman
Hasil tinjauan di kawasan itu mendapati, hakisan menjadi teruk berikutan perubahan monsun yang berlaku pada bulan Mac lalu.