awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek penjanaan elektrik dirancang atasi masalah bekalan elektrik di Sabah - TPM Fadillah

Bernama
Bernama
26/01/2025
10:30 MYT
Projek penjanaan elektrik dirancang atasi masalah bekalan elektrik di Sabah - TPM Fadillah
FADILLAH: Dengan pendekatan strategik oleh kerajaan Sabah untuk meningkatkan kapasiti penjanaan, kerajaan Persekutuan percaya masalah bekalan elektrik di Sabah dapat dikurangkan. - Foto BERNAMA
TUARAN: Beberapa projek penjanaan elektrik yang besar sedang dirancang bagi mengatasi masalah bekalan elektrik di Sabah, sekali gus meningkatkan rezab margin bekalan itu sehingga 30 peratus menjelang 2030, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air berkata berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh Energy Commission of Sabah (ECoS), antara projek yang dirancang adalah pembelian tenaga dari Sarawak pada tahun ini.
Selain itu, katanya projek yang dirancang termsuk pembangunan loji janakuasa baharu berkapasiti 100MW pada 2026 dan 2027, serta pembangunan ladang solar berskala besar berkapasiti 100MW pada tahun depan.
"Dengan pendekatan strategik oleh kerajaan Sabah untuk meningkatkan kapasiti penjanaan, kerajaan Persekutuan percaya masalah bekalan elektrik di Sabah dapat dikurangkan," katanya berucap pada Program Sabah Electricity Bersama Komuniti serta Rumah Terbuka Krismas 2024 dan Tahun Baharu Cina 2025 di sini hari ini.
Turut hadir Timbalan Ketua Menteri III Datuk Shahelmey Yahya, Menteri Pembangunan Luar Bandar Sabah Datuk Jahid Jahim, Pembantu Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Joniston Bangkuai, dan Pengerusi Sabah Electricity Datuk Seri Wilfred Madius Tangau.
FADILLAH-ELEKTRIK 2 (AKHIR) TUARAN
Mengulas lanjut, Fadillah berkata kerajaan Persekutuan melalui Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) juga telah memperuntukkan sebanyak RM102.9 juta untuk pelaksanaan dan penyiapan projek-projek pengukuhan perkhidmatan bekalan elektrik di Sabah tahun ini.
"Selepas penyerahan kuasa kawal selia bekalan elektrik di Sabah ini, saya berharap agar kerajaan negeri akan sentiasa komited dalam menangani masalah berkaitan perkhidmatan bekalan elektrik, sekali gus memenuhi peningkatan permintaan elektrik di negeri ini," katanya.
Beliau berkata kerajaan Persekutuan khususnya PETRA bersedia untuk bekerjasama dan membimbing sekiranya Sabah memerlukan bantuan serta khidmat nasihat.
"Kerajaan Persekutuan juga komited dan menyokong agenda pembangunan penjanaan elektrik di Sabah bagi memastikan rakyat menerima manfaat di samping sistem pembekalan elektrik yang lebih stabil dan terjamin.
"Seperti yang dipersetujui, jumlah siling indikatif subsidi daripada kerajaan Persekutuan kepada Sabah Electricity bagi 2024 hingga 2030 adalah sebanyak RM3.54 bilion. Ia merangkumi subsidi bahan api, subsidi solar berskala besar, subsidi sokongan tarif, dan subsidi Tenaga Boleh Baharu (FiT)," tambahnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#penjanaan elektri
#Bekalan eletrik
#Malaysia
#Fadillah Yusof
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan