awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek peserta semakin hebat

Astro Publication
Astro Publication
24/09/2014
08:58 MYT
Projek peserta semakin hebat
Terdapat pelbagai manfaat yang dapat dipelajari daripada program Toyota Eco Youth (TEY), iaitu suatu program cintai alam sekitar untuk pelajar sekolah menengah yang sudahpun memasuki tahun ke-12 penganjurannya.
Salah satu unsur terpenting untuk cabaran-eko ini adalah metodologi penyelesaian masalah 8-langkah Toyota yang menyediakan garis panduan tentang bagaimana untuk mengenal pasti sesuatu masalah, mendapatkan penyelesaian yang mungkin dan mengawasi situasi untuk memastikan langkah yang dibuat adalah berkesan. Walaupun bermula dengan masalah alam sekitar yang hanya berkisar di dalam kawasan sekolah, sekarang skop TEY dan pesertanya sudah mula memasuki kawasan masyarakat sekeliling. Walaupun sukar untuk ditelan, kesedaran isu alam sekitar masih lagi di peringkat yang sangat rendah bagi kebanyakkan orang Malaysia; amnya kerana ramai mempercayai bahawa masalah-masalah seperti pencemaran, longkang tersumbat, hakisan tanah dan sebagainya adalah satu tanggunjawab yang hanya patut dipikul oleh pihak berkuasa tempatan. Pertandingan TEY, sebaliknya, menggalakkan peserta untuk membuat langkah proaktif yang dapat menyelesaikan masalah tersebut.
Bagi TEY tahun ini, jawatankuasa pengadilan terkejut setelah mendapati ada sekolah-sekolah yang cuba untuk terlibat di dalam projek yang agak besar. Ini termasuk contoh yang ditunjukkan oleh SMK Hamzah 2 yang telah mengubah sebuah lorong belakang yang kotor di Machang, Kelantan, untuk kelihatan sangat menawan. Bukan sahaja ia telah dibersihkan dan dihias, malah sistem perparitannya juga telah diperbaiki manakala dinding-dindingnya telah dicat.
Usaha para pelajar turut menggerakkan mereka untuk berurusan dengan para peniaga tempatan dalam mendapatkan dana, di samping mendapatkan pengarahan artisik daripada Fakulti Seni dan Rekabentuk UiTM Machang. Contoh seperti ini turut diberikan SMK Paya Kemunting di Kedah yang berjaya menyakinkan syarikat-syarikat tempatan dan pihak-pihak seperti Majlis Perbandaran Kubang Pasu serta Universiti Utara Malaysia untuk menaja bahan-bahan yang diperlukan untuk projek transformasi taman mereka.
Selain itu, usaha-usaha daripada SMK Port Dickson dan SMK Labuan turut menarik minat pihak pengadil. Peringkat penilaian di tapak menyumbang 40% daripada jumlah penuh; yang lainnya pula datang daripada pembangunan laman web/blog, dan penyampaian yang perlu diberikan kepada para pengadil berkenaan projek masing-masing.
Topic Berkaitan
# Eco Youth
# UMW
#Toyota
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan