awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita mengamuk, cederakan pekerja restoran guna garpu didenda
PETRONAS tandatangani perjanjian bekalan LNG selama 20 tahun dengan QatarEnergy
Orang Asli tidak terpinggir proses pendigitalan perkhidmatan - Shamsul Anuar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kehilangan aktivis: Kerajaan, PDRM diperintah bayar lebih RM3 juta kepada isteri Amri

Sinar Harian
Sinar Harian
05/11/2025
11:30 MYT
Kehilangan aktivis: Kerajaan, PDRM diperintah bayar lebih RM3 juta kepada isteri Amri
Amri Che Mat dilaporkan hilang pada 24 November 2016 di Kangar, Perlis. - Gambar/ Sinar Harian
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu memerintahkan Kerajaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) membayar ganti rugi melebihi RM3 juta kepada isteri Amri Che Mat berhubung kehilangan aktivis itu sembilan tahun lalu.
Perintah tersebut meliputi ganti rugi am dan teruk berjumlah RM2 juta, ganti rugi teladan RM1 juta serta ganti rugi khas RM14,457.52 kepada Noorhayati Mohd Ariffin.
Selain itu, defendan turut diarahkan membayar kos sebanyak RM250,000.
BACA: Mahkamah Rayuan mahu lihat laporan sulit kehilangan aktivis secara tertutup
BACA: Kehilangan aktivis Amri Che Mat: Kerajaan nafi sensitif, enggan dedah hasil siasatan
Hakim Datuk Su Tiang Joo memutuskan demikian selepas mendapati kerajaan dan pihak polis bertanggungjawab terhadap kehilangan Amri.
Beliau turut memerintahkan pihak polis membuka semula siasatan berhubung kehilangan tersebut dan melaporkan perkembangan kes kepada Peguam Negara setiap dua bulan.
Ketika membacakan penghakiman selama hampir dua jam, hakim berkata, pihak berkuasa selaku defendan didapati gagal menunjukkan usaha sewajarnya dalam memaklumkan keluarga Amri mengenai perkembangan siasatan.
“Pihak berkuasa juga telah melanggar hak Noorhayati kerana gagal menjalankan siasatan yang sewajarnya terhadap kehilangan Amri.
“Ia sepatutnya diklasifikasikan sebagai kes penculikan dan bukannya orang hilang,” katanya.
Pada 18 November 2019, Noorhayati selaku plaintif memfailkan saman terhadap 21 pihak, namun pada tarikh ini, senarai defendan dikurangkan kepada enam, termasuk kerajaan dan pihak polis.
Untuk rekod, Amri Che Mat dilaporkan hilang pada 24 November 2016 di Kangar, Perlis. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#aktivis hilang
#Amri Che Mat
#ganti rugi
#kehilangan misteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan