awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedah hampir siap sepenuhnya

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
30/06/2018
12:14 MYT
Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedah hampir siap sepenuhnya
Dr Wan Azizah ketika meninjau status pembinaan projek tebatan banjir yang kini sudah mencapai tahap 70 peratus. -Astro AWANI
Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) hampir siap sepenuhnya dan dijangka bakal mengurangkan masalah risiko banjir terutama kepada penduduk yang tinggal di jajaran sepanjang sungai Kedah.
Menurut timbalan perdana menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, beliau berpuas hati dengan status pembinaan projek itu yang kini sudah mencapai tahap 70 peratus dan hanya mengambil masa 18 bulan untuk siap sepenuhnya.
"Dalam tahun 2010, kira-kira 46,000 mangsa banjir telah dipindahkan, dan pada 28 Mei lalu banjir kilat telah mengorbankan nyawa seorang bapa dan anaknya.
"Oleh itu kita mahu mempercepatkan projek tebatan banjir ini yang dijangka siap pada 2020," kata Dr Wan Azizah.
Sementara itu, kerajaan pusat menyediakan bajet tambahan berjumlah RM62 juta yang diluluskan tahun lepas untuk kegunaan projek tersebut.
Jelas Dr Wan Azizah, bajet tambahan itu akan digunakan untuk membina lencongan bagi jambatan dari Jalan Alor Setar ke Kangar dan jambatan dari Jalan Alor Setar ke Gunung Keriang, yang diharap mampu menyelesaikan masalah banjir.
Beliau berkata demikian selepas melawat Projek Rancangan Tebatan Banjir Sungai Kedah di Anak Bukit, Alor Setar, siang tadi.
Topic Berkaitan
#banjir
#Kedah
#mangsa banjir
#mati lemas
#Rancangan Tebatan Banjir
#RTB
#Wan Azizah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan