KOTA BHARU: Satu projek rintis penanaman padi yang melibatkan kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) seluas 30,000 hektar dijangka mula dilaksanakan bulan September ini dalam usaha meningkatkan produktiviti penanaman padi.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu berkata pihaknya akan memberi tumpuan kepada usaha memulakan inisiatif itu bersama dengan MADA terlebih dahulu, sebelum diperluaskan ke kawasan lain.
"Keluasan MADA adalah 100,000 hektar, namun untuk projek lima musim (bagi tempoh dua tahun) ini, kita mulakan di kawasan tanah seluas 30,000 hektar terlebih dahulu," katanya kepada pemberita selepas melawat Pasar Tani Kekal di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong di sini hari ini.
"Kita akan pastikan sistem pengairan ditambah baik supaya dapat membekalkan air sepanjang masa dan kita percaya dengan faktor teknologi baru, benih padi yang pelbagai dan sudah diuji, ia mampu meningkatkan lagi hasil padi," tambahnya.
Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan yang dikeluarkan pejabat Perdana Menteri semalam mengenai Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (JKSMN) yang memutuskan bahawa kerajaan akan menimbangkan inisiatif meningkatkan pengeluaran padi negara secara lima musim dalam tempoh dua tahun, sebagai antara usaha menambah baik ekosistem agromakanan negara.
Mengulas lanjut Mohamad berkata usaha itu akan dilakukan setelah merujuk kepada hasil padi paling tinggi di Malaysia iaitu di Sekinchan, Selangor yang mampu memperoleh tujuh hingga 12 tan metrik hasil padi bagi setiap hektar.
"Bagi MADA dan Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) pula, ia hanya memperoleh sekitar lima tan sahaja (tiap hektar), oleh itu antara perkara dibincangkan adalah berkenaan cadangan untuk meningkatkan produktiviti penanaman padi melalui kaedah penanaman lima musim dalam tempoh dua tahun direalisasikan segera.
"Saya yakin dengan teknologi baharu, kita buat dengan skala yang lebih besar dan penanaman padi lima kali dalam tempoh dua tahun, kita mampu mencapai Tahap Sara Diri (SSL) pengeluaran padi," katanya.
Sementara itu Mohamad berkata kerajaan turut memberi jaminan bahawa bekalan lembu untuk sambutan Aidiladha mencukupi pada tahun ini berdasarkan hasil tinjauan yang dilakukan oleh pihak kementerian.
Katanya ketika ini kebanyakan ternakan adalah dari luar iaitu Myanmar dan Thailand.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 11 2023
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu pada sidang media selepas membuat pemantauan harga barangan keperluan harian di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Tunjong hari ini. - Foto Bernama
Sultan Selangor berkenan sertai acara Larian KITA
Sultan Selangor dan Tengku Permaisuri Selangor berkenan menyertai Larian Kebajikan Inklusiviti Teras Aspirasi (KITA) di Kampung Bagan Terap.
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
Anwar sahkan ada perbincangan Tengku Zafrul sertai PKR
'Prestasi Zii Jia meningkat, cuma kurang bernasib baik'
Zii Jia mengotakan janjinya apabila menjelmakan peningkatan prestasi dalam Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China.
MyFundAction edar bantuan lebih RM200,000 kepada mangsa banjir
Yayasan Kebajikan Muslim (MyFundAction) mengedarkan bantuan bernilai lebih RM200,000 kepada mangsa banjir di negeri yang terkesan akibat musibah itu.
Pesta Pau bakal diadakan dalam skala lebih besar
Majlis Daerah Tanjong Malim dengan kerjasama Tourism Malaysia bercadang menganjurkan Pesta Pau X Rekreasi Muallim 2024 dalam skala lebih besar.
PM Thailand adakan lawatan rasmi ke Malaysia esok
Perdana Menteri Thailand, Paetongtarn Shinawatra akan mengadakan lawatan rasmi ke Malaysia, esok atas jemputan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
PM Anwar hadiri Kongres Khas PKR
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menghadiri Kongres Khas PKR yang diadakan bertujuan untuk meminda perlembagaan parti.
AWANI Ringkas: Tengku Zafrul sertai PKR?
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Selebriti lelaki miliki dadah direman 5 hari
Selebriti program realiti komedi yang ditahan di Cyberjaya kerana disyaki memiliki ganja pada Sabtu direman lima hari bermula Ahad.
Trump lantik bekas ketua perisikan jadi utusan presiden
Presiden terpilih Amerika Syarikat, Donald Trump melantik bekas ketua perisikan beliau, Richard Grenell, sebagai utusan presiden untuk misi khas pada Sabtu.
Projek rintis padi bersama MADA September ini - Mohamad Sabu
Satu projek rintis penanaman padi yang melibatkan kawasan Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA) seluas 30,000 hektar dijangka mula dilaksanakan bulan September ini.