KUALA LUMPUR: Pelaksanaan projek rintis stesen minyak tanpa subsidi di dua stesen di Perlis sejak Februari lepas berjaya menjimatkan hampir RM6 juta peruntukan subsidi minyak kerajaan.
Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Fuziah Salleh berkata walaupun inisiatif yang diperkenalkan itu bersifat liberal, namun ia berkesan untuk mengekang ketirisan.
"Dalam dua bulan pertama ada penurunan jualan minyak diesel dan RON 95 di stesen yang bersubsidi dengan penjimatan masing-masing RM1.77 juta dan RM3.98 juta dan pada masa sama di stesen minyak tanpa subsidi ada peningkatan (jualan) diesel dan juga RON 95.
"Maksudnya di sini kenderaan asing itu sendiri berbuat demikian kerana harga bahan bakar di Thailand lebih mahal. Jadi macam mana pun mereka datang dan beli di negara kita walaupun tanpa subsidi (kerana) harganya lebih murah dari negara mereka," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Senator Hussin Ismail yang ingin tahu secara terperinci berkenaan mekanisme pelaksanaan stesen minyak tanpa subsidi serta mekanisme pengawalan minyak bersubsidi.
Dua stesen minyak yang terlibat dengan projek rintis tersebut ialah di Padang Besar dan Wang Kelian, Perlis.
Sementara itu, Fuziah berkata kementerian turut melaksanakan Ops Tiris sebagai satu lagi mekanisme untuk mengawal ketirisan subsidi bahan bakar.
"Sepanjang Ops Tiris dilaksanakan pada 1 Mac hingga 31 Mei, sebanyak 6,571 pemeriksaan dilaksanakan di mana terdapat 221 kes dengan nilai rampasan berjumlah RM5.41 juta dan 198 tangkapan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 22 2023
Fuziah (foto) berkata walaupun inisiatif yang diperkenalkan itu bersifat liberal, namun ia berkesan untuk mengekang ketirisan. -Gambar fail/Bernama
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
KPDN jamin bekalan keperluan asas di negeri terjejas banjir mencukupi
KPDN memberi jaminan stok bekalan barangan keperluan asas bagi negeri yang dilanda banjir adalah mencukupi.
Program Penyeragaman Harga: KPDN buka 1,770 pusat penjualan seluruh negara
KPDN telah mewujudkan 1,770 pusat penjualan (Point of Sale) menerusi Program Penyeragaman Harga (PPH) di seluruh negara tahun ini.
KPDN kaji mekanisme jejak rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi
KPDN sedang mengkaji mekanisme untuk menjejaki rantaian pengedaran minyak masak bersubsidi termasuk penggunaan nombor kumpulan pada setiap peket.
Kita Gempur: KPDN Pulau Pinang rekod 121 kes dengan nilai rampasan lebih RM100,000
Menerusi pemeriksaan terhadap 3,239 premis di sekitar Pulau Pinang, kompaun RM18,600 turut dikeluarkan dalam tempoh berkenaan.
MyCC sudah siapkan laporan kajian kartel padi, beras - Fuziah
Laporan itu adalah antara usaha kerajaan mengawal harga padi dan beras dengan antara tumpuan adalah menumpaskan kartel yang wujud.
Belanjawan 2025: KPDN ada kaedah kesan cubaan naikkan harga barangan
KPDN tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang mengambil kesempatan menaikkan harga termasuk produk bergula.
Tiada keputusan tangguh pemilihan PKR selepas PRU16 - Fuziah
Tiada sebarang keputusan berhubung penangguhan pemilihan PKR selepas PRU16 dibuat dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), semalam.
KPDN perluas kempen ‘JOM KOSONG' secara berperingkat
KPDN akan memperluas kempen 'JOM KOSONG' secara berperingkat dalam usaha mengurangkan pengambilan gula dalam kalangan rakyat Malaysia.
Ramai yang layak belum daftar Budi Madani MySubsidi diesel - Fuziah
Fuziah berkata berdasarkan data terkini, hanya 259,141 daripada 410,000 kenderaan yang layak sudah memohon di bawah Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS) setakat pagi Ahad.
Usaha berterusan mengawal inflasi pasca penguatkuasaan subsidi - Fuziah
Kerajaan giat laksana pemantauan dan penguatkuasaan harga barangan bagi memastikan subsidi yang disasarkan dapat membantu mengawal inflasi.