LAWAS: Bandar Lawas bakal menikmati kemajuan yang lebih pesat apabila pembinaan projek pakej pertama Sarawak-Sabah Link Road (SSLR) sepanjang 77 kilometer (km) siap sepenuhnya pada awal 2026, kata Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.
Beliau berkata projek yang menyediakan akses jaringan pengangkutan lebih baik akan membuka banyak peluang dan usaha pembangunan di Lawas, seterusnya menarik lebih ramai pelabur tempatan dan asing untuk melabur di daerah itu.
"Jalan-jalan ini nanti akan saling berhubung, menjadikan pembangunan di Lawas semakin bertambah rancak, lebih ramai pelancong akan datang dan ekonomi di sini terus berkembang. Inilah masa depan Lawas.
"Lapangan Terbang Lawas pun bakal jadi baharu. Perkembangan ini akan menjadikan Lawas sebagai pintu kepada pelabur ke kawasan utara Sarawak," katanya pada majlis pecah tanah projek SSLR di Batu 2 Jalan Gelugus, di sini pada Sabtu.
Katanya menerusi perancangan kerajaan negeri akan datang, projek laluan baharu itu akan diintegrasikan dengan Projek Jalan Pesisir Sarawak serta Lebuh Raya Pan Borneo yang sekali gus akan merancakkan pembangunan sosioekonomi di Lawas.
Abang Johari berkata pembinaan pakej pertama SSLR itu turut memudahkan kerajaan negeri untuk melaksanakan projek penyaluran bekalan elektrik serta liputan bekalan air bersih terawat ke kawasan pedalaman.
Katanya perkembangan yang menjadi 'game changer' bagi wilayah utara bumi Kenyalang itu selaras dengan hasrat kerajaan negeri menjadikan Sarawak sebagai negeri maju dengan penduduk berpendapatan tinggi menjelang 2030.
"Sarawak dan Sabah sedang membangun, dan menerusi projek ini tiba masa untuk rakyat di dua negeri ini menikmati tahap pembangunan yang sama tinggi (taraf pembangunannya) dengan Semenanjung (Malaysia)," katanya.
Projek SSLR melibatkan pembinaan infrastruktur yang menyediakan jalan baharu secara terus antara Sarawak dan Sabah tanpa perlu melalui negara jiran Brunei.
Bagi pakej pertama SSLR, ia meliputi jalan raya tunggal dua lorong sejauh 77 km yang menghubungkan Lawas ke Persimpangan Long Lopeng, melibatkan kos berjumlah RM1.13 bilion dengan tempoh pembinaan selama 53 bulan dan dijadualkan siap sepenuhnya pada 8 Jan 2026.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 30 2021
Abang Johari berkata projek yang menyediakan akses jaringan pengangkutan lebih baik akan membuka banyak peluang dan usaha pembangunan di Lawas.
Malaysia capai sasaran sejuta pelancong dari India setakat November - Tiong
Malaysia telah berjaya mencapai sasarannya bagi tahun ini untuk menarik kehadiran sejuta warga India.
Indonesia perkukuh keterjaminan minyak ekoran penurunan pengeluaran dan ketidakstabilan global
Gangguan pada rantaian bekalan global akibat konflik antarabangsa yang semakin memuncak menyebabkan ketidakstabilan harga minyak dunia.
Pertandingan sukan luncur ombak pertama di Bachok tarik lebih 2,000 pengunjung
Pertandingan sukan luncur ombak yang pertama kali diadakan di Pantai Impian Kemasin akan dijadikan sebagai acara tahunan setiap kali musim tengkujuh di Kelantan.
Dua kapal tangki bertembung di laut hitam akibat ribut - Rosmorrecheflot
Dua kapal tangki, Volgoneft 212 dan Volgoneft 239 berlanggar di Laut Hitam akibat ribut dan mengakibatkan tumpahan petroleum.
Pemandu Mercedez terbakar, suspek langgar lari motosikal?
Pemandu kereta Mercedez Benz 45 yang terbakar di tol Wangsa Maju pada petang Ahad juga merupakan dalang kepada insiden langgar lari sebuah motosikal di Lebuhraya SPE dan telah dikenal pasti pihak polis. Perkara itu seperti yang disahkan oleh kakak mangsa Syahrizah Saini ketika dihubungi Astro AWANI yang turut memaklumkan bahawa adiknya kini dalam keadaan kritikal di Hospital Kuala Lumpur.
Gempa bumi dengan magnitud 6.1 gegarkan Kepulauan Tonga - GFZ
Satu gempa bumi dengan magnitud 6.1 menggegarkan Kepulauan Tonga pada pukul 1503 GMT, Ahad.
Menjelajah bawah tanah untuk 'shopping' Krismas
Musim perayaan hujung tahun tidak dinafikan menjadi musim yang paling mengujakan buat penduduk dunia. Manakan tidak, ada pelbagai acara, persembahan, hiasan berwarna warni, serta pengalaman beli-belah istimewa menanti peminat 'kaki shopping'. Di Jerman misalnya, tampil dengan kelainan tersendiri...iaitu? bazaar Krismas bawah tanah.
Presiden Yoon ingkar perintah hadir, pendakwaan akan kemuka perintah kedua
Pendakwa Raya Korea Selatan mengesahkan bahawa Presiden Yoon Suk Yeol gagal mematuhi perintah hadir yang dikeluarkan pada Ahad, sambil menambah bahawa satu lagi perintah akan dihantar tidak lama lagi.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 15 Disember 2024.
Tumpuan Isnin – 16 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Projek SSLR bakal robah masa depan Lawas - Abang Johari
Projek yang menyediakan akses jaringan pengangkutan lebih baik akan membuka banyak peluang dan usaha pembangunan di Lawas.