awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek Sungai: Polis sahkan terima laporan dakwaan pembabitan MB Selangor

Bernama
Bernama
01/03/2023
11:50 MYT
Projek Sungai: Polis sahkan terima laporan dakwaan pembabitan MB Selangor
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan berkata laporan polis itu dibuat di Balai Polis Kinrara pada 2 petang tadi. - Fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan menerima laporan berhubung dakwaan pembabitan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari dengan sebuah syarikat yang didakwa menerima projek bernilai RM700 juta secara rundingan terus daripada kerajaan negeri.
Ketua Polis Daerah Serdang ACP A. A Anbalagan berkata laporan polis itu dibuat di Balai Polis Kinrara pada 2 petang tadi.
"Ya saya sahkan kita ada menerima laporan polis berkaitan perkara berkenaan sebentar tadi," katanya ketika dihubungi Bernama.
Laporan polis itu dibuat oleh Ketua Penerangan Perikatan Nasional Selangor, Mohd Shukor Mustaffa, katanya.
Semalam sebuah portal berita melaporkan Amirudin dan Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor Ir Izham Hashim didakwa mempunyai kepentingan dalam syarikat Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLSB) yang dianugerahkan projek pembersihan sungai dan pembangunan Sungai Klang sepanjang 56 kilometer, dari Mid Valley City di Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang, yang dikatakan menelan belanja RM700 juta.
Sementara itu, Pengarah Urusan LLSB Syaiful Azmen Nordin dalam kenyataan berkata syarikat itu merupakan sebuah anak syarikat milikan penuh Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) (MBI) dan telah dilantik oleh kerajaan negeri bagi merancang dan mengurus pelaksanaan projek berkenaan.
"Kedudukan Amirudin dan Izham adalah mewakili kepentingan kerajaan negeri agar projek ini dapat dilaksanakan secara telus, teratur dan menepati matlamat kerajaan negeri," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laporan polis
#projek sungai
#Amirudin Shari
#rundingan terus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan