awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat hektar hutan simpan di Banting terbakar
Imigresen selamatkan pembantu rumah warga Indonesia jadi mangsa eksploitasi
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek tambak laut, bina jeti dibuat tanpa pengetahuan kerajaan negeri - Norhizam

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
13/03/2021
08:25 MYT
Projek tambak laut, bina jeti dibuat tanpa pengetahuan kerajaan negeri - Norhizam
Kira-kira 300 nelayan di sekitar perairan Tanjung Kling dan Klebang, bimbang mata pencarian mereka terjejas susulan projek penambakan laut serta pembinaan jeti pelabuhan sepanjang 600 meter di Tanjung Bruas. - Astro AWANI
MELAKA: Projek penambakan laut serta pembinaan jeti pelabuhan dipercayai sepanjang 600 meter di Tanjung Bruas, Tanjung Kling, di sini, sehingga menyebabkan ratusan nelayan terjejas, dilakukan tanpa pengetahuan kerajaan negeri.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Penternakan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Melaka, Datuk Norhizam Hassan Baktee berkata, pihaknya kesal dengan tindakan syarikat pelabuhan berkenaan dan akan bertemu dengan pengurusannya Isnin ini.
“Saya kesal kerana kerajaan negeri tidak boleh diketepikan memandangkan kerja-kerja pembinaan yang dijalankan ini telah menyebabkan ramai nelayan di beberapa kawasan terjejas.
“Kita tidak dapat apa-apa maklumat perkembangan projek memanjangkan jeti ini dan Isnin ini saya akan bertanya (dengan syarikat terbabit) dan bincang kenapa kami (kerajaan negeri) diketepikan.
“Malah sepatutnya perbincangan dengan kerajaan negeri penting termasuk (mendapatkan) kelulusan teknikal seperti Kajian Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA), apatah lagi apabila ia melibatkan penganiayaan kepada nelayan," katanya.
BACA: Bina jeti pelabuhan, nelayan bimbang pendapatan semakin terjejas
Beliau ditemui selepas merasmikan Program Pelepasan Benih Ikan ke Perairan Umum dan Penyerahan Lesen Sampan Khas Negeri Melaka di Empangan Sungai Batu Hampar di sini pada Sabtu.
Astro AWANI sebelum ini melaporkan kira-kira 300 nelayan di sekitar perairan Tanjung Kling dan Klebang, bimbang mata pencarian mereka terjejas susulan projek penambakan laut serta pembinaan jeti pelabuhan sepanjang 600 meter di Tanjung Bruas.
Kata mereka, projek berkenaan hanya akan mengakibatkan kawasan penangkapan ikan semakin mengecil selain berlaku pencemaran laut.
Projek itu dipercayai menjejaskan komuniti nelayan dari lima jeti iaitu Tanjung Kling, Klebang, Balik Bukit, Pantai Kundur dan Sungai Lereh.
Topic Berkaitan
#jeti
#nelayan
#alam sekitar
#tambak laut
#bina jeti
#tanjung bruas
#Tanjung Kling
#nelayan terjejas
#tanpa pengetahuan kerajaan negeri
#Norhizam Hassan Baktee
#pelabuhan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan