awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pembekal utama bot bagi ribuan penyeberangan Selat Inggeris dipenjarakan
Bangladesh gesa ICC ambil serius kebimbangan keselamatan Piala Dunia T20
Pentadbiran Trump tarik diri daripada puluhan organisasi antarabangsa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek tebatan banjir fasa dua RM1.3 bilion untuk selesai masalah banjir di Pasir Mas, Tumpat

Bernama
Bernama
02/03/2022
13:34 MYT
Projek tebatan banjir fasa dua RM1.3 bilion untuk selesai masalah banjir di Pasir Mas, Tumpat
Ismail Sabri berkata, projek tebatan banjir fasa dua itu merupakan kesinambungan kepada projek fasa satu yang sedang berjalan di Rantau Panjang membabitkan kos RM600 juta. - Gambar/ Bernama
PASIR MAS: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) telah mengemukakan cadangan untuk melaksanakan projek tebatan banjir fasa dua membabitkan kos RM1.3 bilion di dua daerah, iaitu Pasir Mas dan Tumpat, Kelantan.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata projek berkenaan dijangka akan menyelesaikan masalah banjir yang melanda Pasir Mas dan Rantau Panjang yang merupakan sebahagian daripada daerah itu serta Tumpat.
Katanya projek tebatan banjir fasa dua merupakan kesinambungan kepada projek fasa satu yang sedang berjalan di Rantau Panjang membabitkan kos RM600 juta.
"Projek tebatan fasa dua berjumlah RM1.3 bilion sedang diteliti untuk mendapatkan bajet. Kalau bajet lulus isu berkaitan banjir di tiga kawasan tersebut dapat diselesaikan," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mendengar taklimat keadaan banjir di Jajahan Pasir Mas dan menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir di PPS Sekolah Kebangsaan Gelang Mas, di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#projek tebatan banjir
#Pasir Mas
#Tumpat
#Perdana Menteri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan