KUALA LUMPUR: Seorang ahli perniagaan memberitahu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur hari ini bahawa beliau sanggup membayar RM19 juta kepada 'orang tengah' agar siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Lim Guan Eng ditutup berhubung kes rasuah projek terowong dasar laut yang dihadapi bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu.
Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, 62, yang juga saksi utama pendakwaan berkata, wang terbabit diberikan kepada seorang ahli perniagaan, G Gnanaraja, yang didakwa rapat dengan Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak agar siasatan tidak diteruskan.
Ketika pemeriksaan balas, saksi pendakwaan ke-23 itu berkata, beliau sanggup melakukan apa sahaja termasuk membayar sejumlah wang agar siasatan terhadap Lim ditutup kerana bekas Ketua Menteri Pulau Pinang itu banyak berjasa terhadapnya.
Bagaimanapun ketika pemeriksaan balas peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Lim, Zarul Ahmad menafikan cadangan bahawa tindakannya itu bukan untuk melindungi Lim, sebaliknya untuk melindungi dirinya.
Ketika menjawab soalan balas Gobind, Zarul yang juga Pengarah Consortium Zenith Beijing Urban Construction Group Sdn. Bhd. (CZBUCG) ketika itu mendedahkan hanya mengenali Gnanaraja selepas diperkenalkan oleh rakannya.
Saksi pendakwaan itu turut mendakwa ahli perniagaan terbabit pernah meminta wang rasuah berkenaan ditambah menerusi perbualan melalui aplikasi WhatsApp kerana ia melibatkan bukan orang sembarangan.
Dia turut mengaku kemudiannya berunding dengan Gnanaraja agar wang itu dikurangkan.
Gobind kemudiannya membuat permohonan lisan agar butiran perbualan di antara saksi dan ahli perniagaan terbabit bagi tempoh antara Julai 2017 dan Januari 2018 dikemukakan di mahkamah.
Hakim Azura Alwi kemudiannya menangguhkan perbicaraan dan disambung semula Isnin depan.
Lim berhadapan pertuduhan pindaan menggunakan kedudukan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang untuk menerima rasuah RM3.3 juta, dalam membantu syarikat milik Zarul Ahmad bagi mendapatkan projek pembinaan bernilai RM6,341,383,702, di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Komtar, George Town antara Januari 2011 hingga Ogos 2017.
Bagi pertuduhan pindaan kedua, Lim didakwa meminta suapan daripada Zarul sebanyak 10 peratus daripada keuntungan diperoleh syarikat itu, sebagai penghargaan mendapatkan projek itu dan dituduh melakukan perbuatan berhampiran The Garden Hotels, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011.
Lim yang juga bekas Setiausaha Agung DAP turut berdepan dua pertuduhan menyebabkan dua lot tanah bernilai RM208.8 juta milik kerajaan Pulau Pinang dilupuskan kepada dua syarikat, yang didakwa mempunyai kaitan dengan projek terowong dasar laut itu.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang, Tingkat 21, Komtar pada 17 Feb 2015 dan 22 Mac 2017.
Fareez Azman
Fri Aug 05 2022

Zarul Ahmad (kanan) memberitahu mahkamah bahawa beliau sanggup membayar RM19 juta agar siasatan SPRM terhadap Lim ditutup berhubung kes rasuah projek terowong dasar laut dihadapinya. - Gambar fail

Wanita mengaku tidak bersalah abai tiga anak selama empat bulan
Seorang pembantu am sekolah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh atas pertuduhan mengabaikan tiga anak kandungnya selama empat bulan, tahun lalu.

COVID-19: Satu pertiga kes positif sejak Jun 2022 didominasi sub-varian BA.5
Satu pertiga atau 32.8 peratus jumlah kes positif COVID-19 dikesan sejak Jun lalu di Sarawak adalah melibatkan sub-varian Omicron BA.5.

Transformasi eksport mineral mentah kepada produk separa siap, produk akhir
Usaha ini adalah penting dalam memastikan pembangunan industri NR-REE di Malaysia tidak terhenti di peringkat huluan sahaja.

Tidak perlu tambat ringgit kepada dolar AS, asas ekonomi kukuh sokong nilai ringgit - Tengku Zafrul
Bukan satu dasar yang terbaik untuk ekonomi negara sekiranya sandaran tambatan ringgit dilaksanakan.

Kekurangan Petrol | Syarikat minta orang awam kurangkan pembelian petrol
Syarikat petrol Hungary dan pembekal utama stesen minyak negara itu merayu kepada orang awam agar mengurangkan pembelian petrol mereka. Ini susulan kebimbangan kekurangan bekalan petrol selepas pengendalian saluran paip Rusia, Transeft berkata akan menghentikan penghantaran melalui cawangan selatan saluran paip minyak Druzhba yang melalui Ukraine ke Republik Czech, Slovakia dan Hungary.

Bot Karam | Pencarian dua lagi mangsa bot karam diperluas
Wakil Astro AWANI Terengganu, Nur Fazlizai Ali melaporkan, operasi mencari dan menyelamat dua lagi mangsa bot karam di perairan Pulau Redang sejak Isnin lalu terus dipertingkatkan dengan skala yang lebih besar.

RUU Antigangguan Seksual lindungi wanita dan juga lelaki - Zurainah
Senator Datuk Seri Zurainah Musa berkata, RUU AGS bukan sahaja untuk melindungi wanita sahaja tetapi juga lelaki selain menjelaskan wanita mahu layanan saksama dalam isu berkenaan.

Malaysia-Jepun | PM gesa teroka kerjasama bidang baharu ESG
Kerajaan menggesa agar bidang-bidang kerjasama baharu berkaitan inisiatif alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) dapat diterokai oleh Malaysia dan Jepun melalui projek dan program yang dilaksanakan di bawah Dasar Pandang ke Timur (DPT). Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia termasuk mempelbagaikan kerjasama dalam bidang krisis bencana, masyarakat menua, ekonomi digital, sains, teknologi dan inovasi serta pertumbuhan hijau.

Pesawat ringan terhempas ketika mendarat cemas di lebuh raya
Ketika pesawat itu mahu mendarat, lebuh raya berkenaan dipenuhi dengan banyak kenderaan.

Legenda pecut Asia Tenggara Lydia de Vega meninggal dunia
Jaguh pecut Filipina itu, yang lebih dikenali sebagai Diay, menghembuskan nafas terakhir pada Rabu pada usia 57 tahun.

Projek terowong dasar laut: Saksi dedah sanggup bayar RM19 juta demi Guan Eng
Seorang ahli perniagaan memberitahu mahkamah bahawa dia sanggup membayar RM19 juta agar siasatan SPRM terhadap Lim Guan Eng tidak diteruskan.