KUALA LUMPUR: RHB Investment Bank menjangkakan pelancaran Projek Kereta Api Trans Borneo tidak akan berlaku serta-merta kerana ia memerlukan persetujuan ketiga-tiga negara iaitu Malaysia, Brunei dan Indonesia.
Menurut firma penyelidikan itu, tambahan pula, Kerajaan Malaysia sedang sibuk dengan projek mega lain antaranya Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang, Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura dan Transit Aliran Massa 3 (MRT 3).
"Walau bagaimanapun, kami tidak menolak kemungkinan pelancaran dipercepatkan sekiranya pembiayaan disokong oleh sektor swasta," katanya dalam nota penyelidikan hari ini.
Menurut RHB Investment, pelancaran yang lebih cepat daripada jangkaan akan menjadi pemangkin bukan sahaja untuk kontraktor yang berpangkalan di Sarawak seperti Ibraco yang terlibat dalam Projek Sistem Aliran Transit Automasi (ART) Kuching dan KKB Engineering tetapi juga untuk kontraktor Malaysia yang lain.
"Ini terutamanya yang mempunyai kelayakan dalam pembinaan rel iaitu IJM Corp yang turut terlibat dalam ART Kuching," jelas firma penyelidikan itu.
Katanya, rancangan untuk Kereta Api Trans Borneo agak bersesuaian kerana perancangan untuk laluan kereta api Kalimantan telah bermula pada 2019 untuk Banjarmasin-Tanjung (196km) dan Banjarmasin-Palangkaraya (194km).
"Rancangan akan datang untuk rangkaian kereta api Kalimantan akan memperluaskan jajaran kepada sejumlah 2,428 km dalam pelbagai fasa, meliputi destinasi seperti Kalimantan Utara dan Pontianak.
"Jika Sarawak, Sabah dan Brunei kekal tidak terlibat, ketiga-tiganya akan kehilangan peluang besar untuk meraih faedah daripada aliran rentas sempadan yang lebih baik memandangkan Indonesia menubuhkan ibu negara baharunya di Kalimantan," ujarnya.
Tambah RHB Investment, pembangunan Projek Kereta Api Trans Borneo bukanlah sesuatu yang baharu kepada Malaysia kerana pada Oktober 2023 kerajaan pernah mengumumkan akan membiayai tinjauan tanah untuk melihat kebolehlaksanaan pembinaan projek tersebut.
"Ketika ini Kerajaan Sarawak dan Sabah masih belum secara rasmi dimaklumkan mengenai cadangan yang dibuat oleh Brunergy Utama mengenai TBR.
"Unit Perancang Ekonomi (EPU) masih dalam menjalankan kajian yang boleh dilaksanakan untuk mewujudkan rangkaian kereta api untuk menghubungkan Sarawak dengan wilayah lain di Borneo," katanya.
Cadangan Brunergy Utama Sdn Bhd yang berpangkalan di Brunei untuk memulakan projek itu telah menarik perhatian media baru-baru ini dan ia bakal memendekkan masa perjalanan antara Brunei, Sarawak, Kalimantan dan Sabah.
Menurut syarikat itu, projek bernilai AS$70 bilion (RM330 bilion) tersebut akan dilaksana dalam dua fasa membabitkan laluan sepanjang lebih 1,600 kilometer dan bakal dilengkapi kereta api berkelajuan tinggi yang mencecah kelajuan sehingga 350 kilometer sejam. - Dagang News
Dagang News
Mon Apr 01 2024
Rancangan pembinaan Kereta Api Trans Borneo bersesuaian kerana perancangan untuk laluan kereta api Kalimantan telah bermula pada 2019 untuk Banjarmasin-Tanjung (196km) dan Banjarmasin-Palangkaraya (194km). - Gambar hiasan
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
Rundingan muktamadkan projek Lebuhraya Trans Borneo Malaysia-Brunei diteruskan - PM
Lebuhraya Trans Borneo merupakan sistem rangkaian jalan raya utama yang menghubungkan Kalimantan (Indonesia), Sarawak dan Sabah (Malaysia) dan Brunei Darussalam.