awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Reformasi sistem penjagaan warga emas perlu dipercepat - Nancy
FEM 2026: RESET langkah penting pemodenan sistem kesihatan negara
Penipuan kuota pekerja asing, lapan warga Bangladesh, seorang wanita Indonesia ditahan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa

Agensi
Agensi
01/06/2024
15:29 MYT
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
ANAK perempuan pelakon Angelina Jolie dan Brad Pitt telah memfailkan permohonan untuk menggugurkan nama "Pitt" secara sah daripada namanya.
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen di Mahkamah Tinggi Daerah Los Angeles pada 27 Mei lalu, yang juga merupakan hari kelahirannya yang ke-18, untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
Shiloh merupakan anak ketiga Jolie dan Pitt, dan merupakan anak kandung sulung mereka. Selain Shiloh, Jolie dan Pitt memiliki lima lagi anak iaitu Maddox, Pax, Zahara dan kembar Knox dan Vivienne.
Shiloh, yang berlakon sebagai pelakon suara dalam filem Kung Fu Panda 3, adalah yang pertama dalam enam beradik itu yang memfailkan petisyen untuk pertukaran nama yang sah, tetapi anak-anak yang lain dilaporkan telah menggugurkan nama bapa mereka sejak beberapa tahun lepas.
Angelina Jolie memfailkan penceraian daripada Pitt pada September 2016 tetapi butiran penceraian itu masih belum dimuktamadkan.
Pasangan itu, yang berkahwin pada Ogos 2014, telah memfailkan saman terhadap satu sama lain dalam beberapa tahun kebelakangan ini berpunca daripada perselisihan faham mengenai usaha sama perniagaan dan pengagihan harta, termasuk kilang wain di Perancis.
Topic Berkaitan
#Angelina Jolie
#Brad Pitt
#Shiloh
#selebriti
#Hollywood
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan