KUALA LUMPUR:Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini menolak rasional Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa kuasa-kuasa darurat diperlukan untuk menyelamatkan Malaysia dari COVID-19.
Dalam satu kenyataan hari ini, Majlis Presiden berkata, undang-undang sedia ada, termasuk pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), mencukupi untuk mengumpul segala sumber dan kekuatan bagi mengatasi wabak ini.
Menurut kenyataan itu lagi, tindakan Muhyiddin mengusulkan darurat pada ketika beliau sudah kehilangan sokongan majoriti Ahli-Ahli Parlimen, termasuk Machang (Datuk Ahmad Jazlan Yaakub) dan Padang Rengas (Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz), menunjukkan langkah itu tidak boleh diterima sama sekali.
“Majlis Presiden turut menimbulkan kerisauan bahawa perisytiharan darurat ini akan menjejaskan usaha menghidupkan semula ekonomi serta keyakinan pelabur, dan tidak akan membantu mengatasi masalah pengangguran dan kehilangan pendapatan di kalangan rakyat.
“Jangan berselindung di sebalik COVID-19 dan membebankan rakyat dengan perisytiharan darurat demi menyelamatkan diri sendiri,” menurutnya lagi.
Kenyataan itu ditandatangani Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu, dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng.
BACA: Agong perkenan isytihar darurat hingga 1 Ogos
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Perisytiharan Darurat: Bukan rampasan kuasa tentera, tiada perintah berkurung
Berkenaan isu pilihan raya, mereka berkata, Majlis Presiden melihat tindakan yang telah dilakukan sebelum ini, iaitu perisytiharan darurat bagi sesebuah bahagian Parlimen atau Dewan Undangan Negeri adalah memadai.
“Bagi Pilihanraya Negeri Sarawak pula, ia tidak perlu dilakukan sehingga selewat-lewatnya penghujung Ogos 2021, manakala Pilihanraya Umum ke-15 pula hanya perlu diadakan menjelang 2023. Oleh itu, alasan yang dikemukakan Tan Sri Muhyiddin dalam isu ini tidak dapat diterima sama sekali.
“Malah kami melihat tindakan menggantung Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri pada ketika pihak eksekutif dan kehakiman masih boleh berfungsi seperti sedia kala menjejaskan proses semak imbang, merencat demokrasi negara dan menafikan suara rakyat,” menurut kenyataan itu lagi.
Mereka mendakwa, kuasa darurat itu bermakna ia memberi kuasa mutlak kepada Perdana Menteri untuk melakukan hampir apa sahaja, sewenang-wenangnya.
Firdaus Azil
Tue Jan 12 2021

PH mendakwa undang-undang sedia ada, termasuk PKP, mencukupi untuk mengumpul segala sumber dan kekuatan bagi mengatasi wabak COVID-19.

10 Berita Pilihan - (16 Januari 2021)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Pasar Pukat | Potong harga hasil laut sehingga 50 peratus
Perintah Kawalan Pergerakan PKP yang dilaksanakan ketika ini ternyata terus memberi kesan kepada sektor ekonomi rakyat. Saban hari, keluh kesah peniaga kami sampaikan. Tetapi lain pula ceritanya di Sungai Buloh ini, apabila Pasar Borong Pukat menurunkan harga hasil laut sehingga 50 peratus sempena PKP. Fareez Azman ada membuat tinjauan petang Sabtu.

Poster PKP di Terengganu, Kedah palsu
Majlis Keselamatan Negara (MKN) menafikan kesahihan poster mengenai pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Terengganu pada hari ini sehingga 26 Jan seperti yang tular di media sosial.

Polis siasat dakwaan remaja perempuan dirogol tahanan lain ketika dalam lokap
Polis kini menyiasat dakwaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun yang mendakwa dirogol tahanan lain ketika berada di dalam lokap Balai Polis Pusat Miri pada 9 Jan lepas.

PRU15 | UMNO perlu tawarkan calon Perdana Menteri baharu untuk Malaysia
UMNO perlu mengadakan pemilihan segera bagi membolehkan rakyat melihat, siapakah yang parti itu boleh tawarkan sebagai calon Perdana Menteri bagi pilihan raya umum seterusnya.

AWANI Ringkas: Pembukaan sekolah di seluruh negara ditangguh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banjir Sarawak | Dua OKU mengengsot selamatkan diri
Dua beradik golongan orang kelainan upaya (OKU) terpaksa mengengsotkan punggung mencapai kerusi roda ketika rumah mereka dinaiki air di Taman Malihah, Kuching pada Selasa.

Sidang media online: Parti politik sambut baik cadangan NUJ
Parti politik menyambut baik cadangan Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) yang mencadangkan ahli politik mengadakan sidang media secara dalam talian berbanding secara bersemuka seperti yang diamalkan sekarang.

PKP 2.0: Polis Pulau Pinang tubuh pasukan khas pantau lorong tikus
Polis Pulau Pinang menubuhkan pasukan khas dan sekatan jalan raya bergerak di setiap laluan alternatif atau lorong tikus di sempadan negeri itu bagi memastikan larangan rentas negeri dipatuhi sepenuhnya semasa pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 2.0.

Gaji dan elaun | Boleh potong tidak perlu usul di Parlimen
Tidak perlu dibawa ke Parlimen untuk diputuskan, sebaliknya pemotongan gaji atau elaun ahli Dewan Rakyat termasuk menteri-menteri boleh dilakukan mengikut kesedaran sendiri atau secara sukarela bagi membantu rakyat. Demikian pandangan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim, berkaitan gaji wakil-wakil rakyat atau elaun mereka dipotong antara 10 sehingga 20 peratus.

Batal darurat: Shahidan Kassim selar Anwar, anggap tidak wajar
Shahidan berkata, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, telah berkenan membuat keputusan mengisytiharkan darurat dan semua pihak perlu menerimanya terlebih dahulu.

Majlis Presiden PH bincang kerjasama Anwar, Tun M
Difahamkan isu kerjasama dengan Mahathir dibangkitkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada penghujung mesyuarat tersebut yang diadakan pada 11 Januari lalu.

UMNO harus ambil iktibar ketabahan Anwar masuk penjara - Bersatu Kepong
Pemimpin UMNO seharusnya belajar dan mengambil iktibar daripada ketabahan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bukan sahaja sanggup melalui proses perbicaraan dengan tabah, malah sedia dipenjarakan.

"Saya tidak menentang Anwar jadi Perdana Menteri" - Tun M
Tun Dr Mahathir Mohamad mengulangi penegasannya tidak menentang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menerajui negara sebagai Perdana Menteri.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Ahli Parlimen dicadang utus warkah kepada Agong mohon batal darurat - Anwar
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan telah menghantar surat kepada semua Ahli Parlimen bagi mengutuskan warkah kepada Yang di-Pertuan Agong untuk membatalkan Pengisytiharan Darurat

Madius ajak MP BN tolak Muhyiddin sertai PH Plus
Madius mengajak Ahli Parlimen BN yang tidak sebulu dengan Muhyiddin menyertai Pakatan Harapan (PH) Plus.

Proklamasi Darurat: PH tolak rasional Muhyiddin, gesa jangan sembunyi di belakang COVID-19
PH mendakwa undang-undang sedia ada, termasuk PKP, mencukupi untuk mengumpul segala sumber dan kekuatan bagi mengatasi wabak COVID-19

PKP2.0: Kerajaan digesa fikir strategi bendung COVID-19 jangka panjang - Anwar
Anwar berkata, kerajaan juga mesti mengarahkan semua untuk segera melaksanakan kembali moratorium pinjaman sehingga diberitahu kelak.

NGO mahu PDRM siasat kesahihan akuan bersumpah sokongan kepada Anwar
Polis perlu menyiasat kesahihan surat sokongan daripada Ahmad Zahid kepada Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tular baru-baru ini.