awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 360 juta individu dijangka sertai pelancongan ais dan salji pada musim sejuk ini
Pulau Pinang catat penurunan perokok
Kontraktor perlu pastikan projek Lebuh Raya Pan Borneo berjalan lancar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proklamasi darurat: PRU, PRN, PRK tidak akan diadakan - PM

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
12/01/2021
04:16 MYT
Proklamasi darurat: PRU, PRN, PRK tidak akan diadakan - PM
PM MUHYIDDIN: Tindakan itu bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 seperti mana yang terjadi selepas PRN Sabah baru-baru ini. - Gambar fail
PUTRAJAYA:Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Pilihan Raya Umum (PRU), Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Kecil (PRK) tidak akan diadakan sepanjang tempoh darurat dilaksanakan.
Beliau berkata, tindakan itu bagi mengelakkan penularan jangkitan COVID-19 seperti mana yang terjadi selepas PRN Sabah baru-baru ini.
"Dalam keadaan biasa, PRK mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas kerusi diisytiharkan kosong.
"PRN juga mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepas Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.
"Sedangkan kita tahu, rakyat pada masa ini tidak mahu pilihan raya diadakan untuk mengelakkan wabak COVID-19 merebak seperti yang berlaku selepas PRN Sabah baru-baru ini." katanya ketika menyampaikan Pengumuman Khas Darurat di sini pada Selasa.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, beliau tidak berniat untuk tidak mengadakan pilihan raya sebaliknya, perkara utama yang menghalangnya daripada menasihati Seri Paduka Baginda agar membubarkan Parlimen untuk membolehkan PRU diadakan ialah pandemik COVID-19.
[LAPOR LANGSUNG] Perisytiharan Darurat: Bukan rampasan kuasa tentera, tiada perintah berkurung
"Keputusan untuk tidak mengadakan pilihanraya semasa pandemik COVID-19 masih menular ini adalah selaras dengan satu daripada lima prinsip Maqasid Syariah iaitu menjaga nyawa atau hifz al-nafs.
"Dalam konteks ini, adalah menjadi kewajipan saya sebagai Ketua Kerajaan untuk menjaga nyawa rakyat dengan melindungi saudara dan saudari sekalian daripada jangkitan COVID-19.
"Ini adalah kemaslahatan paling utama yang dituntut oleh agama Islam," ujarnya.
Sementara itu, beliau menzahirkan komitmen tegas bahawa PRU akan diadakan sebaik sahaja Jawatankuasa Khas Bebas yang akan ditubuhkan memperakukan bahawa wabak COVID-19 telah reda atau pulih sepenuhnya dan pilihan raya adalah selamat untuk diadakan.
"Pada masa itu, terpulanglah kepada rakyat untuk memilih kerajaan mana yang layak untuk mentadbir negara ini dan menjaga kebajikan saudara dan saudari sekalian. Inilah komitmen dan akujanji saya yang akan saya tunaikan, insya-Allah," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#PRU
#PM
#pilihan raya kecil
#pilihan raya umum
#COVID-19
#pandemik
#Parlimen
#pilihan raya
#darurat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan